Utusan Borneo (Sabah)

JPC adakan Bengkel Kewartawan­an Foto di Bintulu

-

BINTULU: Kelab Fotografi Jebat ( JPC) menganjurk­an Bengkel Kewartawan­an Foto yang dikendalik­an wartawan foto terkenal di peringkat angtaraban­gsa, Ahim Rani yang berasal dari Negara Brunei Darussalam.

Ahim, juru foto agensi berita Reuters, memberikan tumpuan pada asas menghasilk­an esei foto ( Photo

Essay) dan pengenalan kepada kewartawan­an foto.

“Perkara penting yang perlu dikuasai adalah asas teknikal sesebuah kamera sebelum mendalamui satu satu genre fotografi yang ada,” katanya.

Namun begitu, beliau melahirkan rasa bangga melihat kesungguha­n JPC yang sentiasa menganjurk­an aktiviti melibatkan kewartawan­an foto kepada generasi baru yang boleh menggunaka­n isu yang ada di tempat masingmasi­ng untuk dijadikan bahan cerita untuk masyarakat berfikir.

Sementara itu, Presiden JPC Mohd Idremzizan Idris teruja dengan kesungguha­n Kelab JPC Bintulu Sarawak yang bukan sahaja belajar asas fotografi tetapi juga memberikan peluang kepada ahli kelab belajar untuk mengurus aktiviti.

“Ini adalah perkara penting yang perlu dipelajari di samping mengenali dan menguasai asas fotografi,” katanya.

Ia adalah kali pertama JPC menjemput mentor antarabang­sa untuk bengkel yang dianjurkan olehnya di Sarawak. Malah 20 peserta bengkel berkenaan amat berpuashat­i dengan penerangan mentor yang dijemput itu.

Namun mereka merasakan masa tidak cukup untuk bengkel Photo Essay itu. JPC Bintulu Sarawak akan menganjurk­an Photo Camp berlandask­an esei foto yang dibengkel sebelum ini.

Photo Camp itu akan mengambil masa 4 hari 3 malam untuk memberikan pemahaman mengenai esei foto yang disediakan untuk tugasan yang bakal dibuat di dalam Photo Essay itu nanti.

JPC juga bersedia untuk satu perjumpaan yang melibatkan satu tugasan yang bertajuk Voice Vol.2 dengan pendekatan siri atau esei foto yang dijadualka­n dibentang dan dibincangk­an pada 28 Mei ini.

 ??  ?? AHLI Kelab JPC menghadiri Bengkel Kewartawan­an Foto di Bintulu.
AHLI Kelab JPC menghadiri Bengkel Kewartawan­an Foto di Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia