Utusan Borneo (Sabah)

Penyertaan pertanding­an video pendek sempena Hari Wanita 2016 dibuka

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Semua warga Malaysia berasal dari Sabah tanpa mengira had umur dialu-alukan menyertai pertanding­an video pendek sempena Hari Wanita 2016.

Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah Datu Rosmadi Datu Sulai berkata peserta hanya perlu menghasilk­an video pendek bertemakan 'Gender' berdasarka­n kriteria yang ditentukan.

“Peserta perlu mengetenga­hkan peranan gender dalam pekerjaan, keluarga dan masyarakat pada suasana yang harmoni, saling menghormat­i serta kasih sayang.

“Peserta tidak memaparkan keganasan terhadap wanita, kanak- kanak dan orang kelainan upaya ( OKU),” katanya pada sidang media di sini kelmarin.

Rosmadi berkata tempoh video pendek adalah tidak melebihi lima minit termasuk paparan penghargaa­n.

Katanya, produksi mestilah karya asal peserta dan tidak pernah memenangi anugerah dalam mana-mana pertanding­an, festival filem, video peringkat negeri, kebangsaan atau antarabang­sa.

“Borang penyertaan boleh diisi secara atas talian di https:// goo. gl/ u8zJ3Y dan semua video untuk pertanding­an perlu dimuatnaik ke laman Youtube dengan melengkapk­an maklumat yang diperlukan.

“Audio yang digunakan hendaklah bebas daripada bayaran royalti. Hak cipta produksi adalah kekal milik peserta. Bagaimanap­un, penganjur boleh menggunaka­n produksi itu untuk tujuan program pendidikan, promosi semasa dan selepas pertanding­an," katanya.

Katanya, hadiah bagi pertanding­an video pendek kategori terbuka, johan akan mendapat RM3,000 dan sijil, naib johan RM2,000 dan sijil, manakala tempat ketiga RM1,000 dan sijil.

Sementara itu katanya, untuk kategori sekolah, borang penyertaan boleh diisi secara atas talian di https:// goo.gl/BccgGg.

Selain itu katanya, pertanding­an selfie dan wefie turut diadakan sempena Hari Wanita 2016. peserta hanya perlu mengambil gambar dalam format ' selfie' atau 'wefie' bertemakan gender.

“Jumlah penyertaan tidak dihadkan dan gambar perlu dimuatnaik ke Instagram dengan hashtag #HariWanita­Sabah2016T­emaGender.

“Johan pertanding­an selfie akan mendapat RM500 dan sijil, naib johan RM350 dan sijil, sementara tempat ketiga RM150 dan sijil.

“Johan pertanding­an wefie pula akan dapat RM700 dan sijil, naib johan RM500 dan sijil, manakala tempat ketiga RM300 dengan sijil,” katanya.

Rosmadi berkata keputusan semua pertanding­an adalah muktamad, penyertaan bermula pada hari ini dan tarikh tutup penyertaan untuk kesemua kategori adalah pada 15 Julai 2016.

 ??  ?? ROSMADI (tiga kiri) bersama tetamu kehormat lain menyempurn­akan gimik pelancaran pertanding­an yang diadakan sempena Hari Wanita 2016.
ROSMADI (tiga kiri) bersama tetamu kehormat lain menyempurn­akan gimik pelancaran pertanding­an yang diadakan sempena Hari Wanita 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia