Utusan Borneo (Sabah)

Memiliki parang: Lelaki dipenjara lima tahun, sebat

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dikenakan penjara lima tahun dan satu sebatan, oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku bersalah memiliki senjata berbahaya.

Majistret Jessica Ombou Kakayun mengenakan hukuman itu terhadap Charles Untum yang menukar pengakuann­ya kelmarin.

Tertuduh didapati tanpa kebenaran dan sebab yang munasabah memiliki sebilah parang sepanjang 23 inci, pada 11 November tahun lalu jam 3.30 petang, di tepi jalan Indah Permai, Sepanggar, di sini.

Atas pertuduhan itu, Charles didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta BahanBahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan) 2014.

Sekiranya disabitkan bersalah, boleh dipenjara minimum lima tahun dan maksimum sepuluh tahun, serta dikenakan sebatan.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh yang tidak diwakili peguam menjalani hukuman berkenaan bermula dari tarikh ditangkap.

Dalam kes berasingan, seorang wanita warga Thailand dipenjara selama dua bulan, selepas mengaku bersalah mencari pelanggan bagi maksud pelacuran.

Phattarasu­da Singngoy, 40, didapati melakukan kesalahan itu pada 18 Mac tahun ini jam 11.50 malam di sebuah bilik hotel, City Mall, di sini.

Tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan, hukuman penjara maksimum setahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Semasa rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon agar hanya didenda.

Bagaimanap­un, mahkamah mengenakan denda sebanyak RM4,000 sekiranya gagal bayar dikenakan penjara dua bulan.

Phattarasu­da diperintah­kan menjalani hukuman itu bermula dari tarikh ditangkap, dan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia