Utusan Borneo (Sabah)

FPP UMS terus laksana Program Komuniti Pendidikan di sekolah luar bandar

-

KOTA MARUDU: Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah ( UMS) sekali lagi mengadakan Program Komuniti Pendidikan Sains dan Teknologi melibatkan 48 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Kota Marudu dan SMK Langkon, baru-baru ini.

Menurut penyelia program Dr Siew Nyet Moi @ Sopiah Abdullah, program itu dikendalik­an oleh pelajar Program Pascasiswa­zah Sarjana Pengurusan Pendidikan untuk menyediaka­n sokongan kepada pelajar di kawasan luar bandar dengan mengikuti aktiviti reka cipta bagi menyelesai­kan masalah secara kreatif dan inovatif melalui konsep STEM.

“Pelajar sarjana bertindak sebagai pelaksana, fasilitato­r dan penilai, manakala pelajar PhD dan prasiswaza­h menjadi pembantu fasilitato­r dan penilai kepada 10 kumpulan bagi dua aktiviti STEM yang telah dijalankan,” katanya.

Pada program itu katanya, sebanyak dua aktiviti dijalankan melibatkan penyelesai­an masalah dan pengetahua­n sedia ada untuk menguji kreativiti para peserta.

“Aktiviti STEM pertama adalah berkisarka­n Jambatan Sungai Bandau, Kota Marudu yang kononnya telah runtuh akibat terlalu usang. Para pelajar bekerja dalam kumpulan berlima mengenalpa­sti masalah kehidupan seharian yang disebabkan oleh situasi itu dan mengemukak­an ciptaan baru bagi mengatasin­ya.

“Manakala, aktiviti STEM kedua adalah berkisarka­n fenomena El Nino yang melanda negara sekarang. Melalui aktiviti ini, para pelajar menggunaka­n pengetahua­n sedia ada dan pengalaman lepas mencipta sebuah prototaip berkonsepk­an teknologi hijau bagi mengurangk­an kesan El Nino terhadap persekitar­an dan diri sendiri,” katanya.

Siew berkata secara keseluruha­nnya, program itu telah berjaya mencapai objektifny­a apabila para pelajar menyatakan program berkenaan mampu mendorong mereka untuk berfikir di luar kotak bagi mengeluark­an idea yang sesuai bagi menyelesai­kan masalah dikemukaka­n.

Turut hadir, wakil daripada SMK Kota Marudu Yusniza Azali dan SMK Langkon Pang Poon King.

 ??  ?? SEMUA AJK dan peserta yang terlibat dalam menjayakan program komuniti Pendidikan Sains dan Teknologi di SMK Kota Marudu.
SEMUA AJK dan peserta yang terlibat dalam menjayakan program komuniti Pendidikan Sains dan Teknologi di SMK Kota Marudu.
 ??  ?? HASIL reka cipta baju sejuk pelajar dalam mengatasi kepanasan yang sedang berlaku di Sabah.
HASIL reka cipta baju sejuk pelajar dalam mengatasi kepanasan yang sedang berlaku di Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia