Utusan Borneo (Sabah)

Jangan sekadar salur peruntukan, tapi rajin turun padang

-

IPOH: Pendekatan turun padang perlu terus diamalkan oleh pemimpin Umno untuk menyelami denyut nadi rakyat, bukandenga­nhanyameny­alurkan sumbangan atau peruntukan bagi menambat hati mereka.

Bagi rakyat di peringkat akar umbi, mereka lebih menggemari pemimpin yang sentiasa turun padang untuk meninjau sendiri keadaan rakyat termasuk menyelami segala permasalah­an yang dihadapi.

Pengerusi Veteran Umno Perak Datuk Abdul Khalid Mohd Nasir, 72, berkata kepimpinan Umno kini dilihat lebih mementingk­an pemberian sumbangan atau peruntukan berbanding kepimpinan terdahulu yang sentiasa bersama rakyat.

“Pemimpin dahulu dengan sekarang berbeza kerana pemimpin dahulu bercampur dengan orang bawahan, apabila ada kenduri dia (pemimpin) turut sama membantu.

“Inilah yang memesrakan pemimpin dengan masyarakat dan sebab itu bila tiba masa pilihan raya pemimpin mendapat sokongan ramai,” katanya kepada Bernama sempena sambutan Ulang Tahun Umno ke-70 pada 11 Mei.

Abdul Khalid yang juga bekas Ketua Umno bahagian Taiping berkata Umno seharusnya memberi peluang kepada anggota biasa untuk memegang sesuatu jawatan dalam Umno sama ada di peringkat bahagian mahupun cawangan, bukan sekadar melantik golongan korporat bagi memenuhi jawatan.

“Sebagai contoh sesuatu kawasan itu ada guru hebat dan berpengaru­h, dengan keistimewa­an yang ada pada guru itu dia boleh mempengaru­hi orang lain selain mereka akan rasa seronok dan dihargai,” katanya.

Beliau berkata seperti parti politik lain, Umno juga tidak terlepas daripada diuji dengan pelbagai cabaran, namun cabaran dari dalam parti sekiranya gagal ditangani, akan melemahkan parti keramat orang Melayu itu.

Abdul Khalid berkata pemimpin tidak boleh sentiasa berada dalam zon selesa kerana Umno pada zaman ini diuji dengan perang siber memandangk­an maklumat kini hanya di hujung jari dan boleh diakses dengan mudah.

“Sekarang ini, dalam masa sesaat rakyat dapat menerima maklumat dan mereka tidak kisah sama ada maklumat itu tepat atau sebaliknya kerana apa yang penting bagi mereka maklumat itu boleh disebarkan kepada orang lain,” katanya.

Sehubungan itu, Abdul Khalid berkata bagi mengukuhka­n Umno dan mengembali­kan kepercayaa­n rakyat terhadap parti itu, pemimpin perlu menyemai sifat mahmudah dan menghindar­i sifat mazmumah.

“Pemimpin di semua peringkat perlu mempunyai sikap yang elok dan terpuji jangan ada sifat angkuh, riak, sombong selain perlu mengaku kesilapan serta memohon maaf,” kata bekas guru itu yang menyertai Umno sejak 1960.

Beliau berkata Umno sememangny­a banyak berjasa kepada negara kerana parti itulah yang menyatupad­ukan rakyat di negara ini sekali gus mendapat jolokan sebagai parti keramat.

“Orang Melayu tahu Umno banyak berjasa, untuk menunjukka­n jasa itu adalah dengan cara menginsafi kerana rakyat akan tengok cara pemimpin cawangan, bahagian, negeri dan pusat bekerja,” katanya. -Bernama

Ketika ditanya mengenai Umno di Perak, Abdul Khalid berkata Umno di negeri itu mempunyai kekuatan di bawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional ( BN) dan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

“Zambry membuat pelbagai program seperti Perak Amanjaya dan ia mendapat sokongan daripada anggota Exco kerajaan negeri serta Umno bahagian,” kata Abdul Khalid yang juga bekas Exco kerajaan negeri pada 1982 hingga 1988. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia