Utusan Borneo (Sabah)

Transjanti­na gondol kerusi dalam Kongres

-

MANILA: Geraldine Roman semalam meraikan kejayaan mengatasi ‘ ketaksuban, kebencian dan diskrimina­si’ selepas keputusan menunjukka­n beliau telah menjadi ahli politik transjanti­na pertama untuk memenangi kerusi dalam Kongres di Filipina yang didominasi orang Katolik.

“Politik ketaksuban, kebencian dan diskrimina­si tidak menang. Apa yang menang adalah politik kasih sayang, penerimaan dan hormat,” kata Roman selepas kemenangan­nya meraih satu kerusi dalam Kongres mewakili wilayah pertanian Bataan ke barat laut Manila.

“Saya teruja, sangat, sangat gembira. Saya juga teruja untuk bekerja.

“Saya menyedari beban adalah lebih berat kerana stereotaip orang mengenai LGBT ( lesbian, gay, dwiseksual, transjanti­na) ialah kami gemar bersuka ria, tidak ada perkara yang berisi untuk disebut, jadi saya perlu membuktika­n mereka salah,” katanya.

Roman, 49, seorang Katolik, adalah ahli politik LGBT yang terbuka dan berpangkat paling tinggi di Filipina, di mana ahli perundanga­n lain enggan mendedahka­n diri kerana bimbang akan kehilangan sokongan daripada Gereja Katolik dan kumpulan agama lain.

Roman, orang baharu dalam politik, akan menggantik­an ibunya sebagai wakil Bataan, di mana keluargany­a sudah menjadi kuasa politik selama tiga generasi.

Ibunya terpaksa berundur selepas berkhidmat bagi tempoh maksimum tiga penggal.

Bapa Roman merupakan seorang bekas ahli Kongres dan kematianny­a pada 2014 mendorong isterinya untuk meneruskan legasi keluarga.

Kebanyakan pengundi di Bataan mengendos Roman, dan kiraan undi menunjukka­n beliau memperoleh­i sokongan 62 peratus.

“Beliau juga seorang manusia. Semua kita ada hak-hak. Ia tidak menjadi isu bagi saya bahawa beliau adalah pondan,” kata petani Bern Salenga, 49, ketika menghadiri kempen di bandar asal Roman sebelum pilihan raya.

Roman sudah dua dekad menjadi wanita, malah dengan bangga memakai rantai mutiara dan gincu jambu merah ketika berkempen.

Beliau mempunyai karier yang berjaya sebagai pengarang kanan di Agensi Berita Sepanyol.

Beliau boleh bertutur dalam bahasa Sepanyol, bahasa Perancis dan bahasa Itali, selain menerima biasiswa untuk belajar di Sepanyol di mana beliau bertemu dengan pasanganny­a yang sudah menjalin hubungan dengannya selama 18 tahun.

Beliau menjalani pembedahan pertukaran jantina, serta menukar nama dan jantinanya secara sah, pada 1990-an, satu pengiktira­fan yang beliau mahukan untuk golongan transjanti­na lain.

Pada 2001, undangunda­ng diluluskan untuk menjadikan­nya mustahil bagi golongan transjanti­na di Filipina untuk menukar nama dan jantina mereka, sekali gus menimbulka­n halangan perundanga­n.

 ??  ?? GAMBAR fail 30 April lalu menunjukka­n Roman berkempen di sebuah kampung di bandar Orani, wilayah utara Bataan. —
GAMBAR fail 30 April lalu menunjukka­n Roman berkempen di sebuah kampung di bandar Orani, wilayah utara Bataan. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia