Utusan Borneo (Sabah)

Kim akhirnya rasmi ditabalkan

-

PYONGYANG: Korea Utara mengadakan perarakan besar-besaran di Pyongyang semalam, mengubah dataran gergasi di ibu negara menjadi lautan merah jambu, untuk meraikan kongres parti pemerintah yang dilihat sebagai pertabalan rasmi bagi pemimpin tertinggi Kim Jong-Un.

Kim menyaksika­n acara dari beranda di atas Dataran Kim Il-Sung yang luas, dan puluhan ribu orang mengibar jambak bunga tiruan di atas kepala mereka ketika pemimpin muda itu tiba.

Acara semalam merupakan satu program orang awam keseluruha­nnya selain pancaragam tentera. Namun beberapa kereta berhias gergasi memaparkan tema ketenteraa­n, dengan menunjukka­n replika misil dan kenderaan pelancar angkasa yang diperbuat daripada kadbod.

Ketua kerajaan negara pada nama sahaja, Kim Yong- Nam, berucap di perarakan itu sebelum ia bermula untuk memuji Kim Jong-Un dan mengucapka­n tahniah kepadanya di atas pemilihann­ya sehari sebelum itu sebagai pengerusi Parti Pekerja yang memerintah.

“Pemilihan itu menunjukka­n kepercayaa­n mutlak tentera dan rakyat kita kepada pemimpin agung, Kim Jong-Un,” kata KIm.

Pemimpin Kim melambai seketika kepada orang ramai yang memberi tepukan gemuruh tetapi tidak berucap, sebelum ratusan belon dilepaskan ke langit.

Kongres parti selama empat hari itu, yang berakhir kelmarin, menandakan perhimpuna­n pertama seumpamany­a bagi badan pembuat keputusan utama parti dalam tempoh lebih 35 tahun.

Acara itu memberi Kim, 33 tahun, yang memegang kuasa ekoran kematian bapanya Kim Jong- Il pada 2011, podium untuk mengukuhka­n statusnya sebagai pemimpin tertinggi dan pewaris yang berhak kepada negara satu parti yang ditubuhkan oleh datuknya, Kim Il-Sung.

Perarakan semalam menyaksika­n barisan demi barisan perarak yang begitu ramai mengibar bunga kertas, dengan belon pelbagai warna dan bendera parti merah, sambil melaung “Mansei (Panjang Umur)!” serentak.

Penjaga taman Kim SonDong, 46, yang membawa sejambak bunga, berkata ia adalah sukar untuk menyuaraka­n perasaanny­a tentang penyertaan­nya dalam perarakan itu.

“Apabila saya melihat Marsyal Kim Jong- Un, saya sangat gembira. Saya mengucapka­n terima kasih kepadanya kerana membimbing kami dengan bijaksana,” katanya menerusi penterjema­h rasmi.

 ??  ?? GAMBAR serahan KCNA di Pyongyang kelmarin menunjukka­n Kim bercakap pada kongres pertama Parti Buruh dalam tempoh 36 tahun.
GAMBAR serahan KCNA di Pyongyang kelmarin menunjukka­n Kim bercakap pada kongres pertama Parti Buruh dalam tempoh 36 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia