Utusan Borneo (Sabah)

Dimensi’ ‘Konsert satukan 2 M.Nasir & Jamal Abdillah di TV1, 22 Mei ini

-

GABUNGAN dua figura seni besar ini pastinya cukup dinantikan peminat industri seni tanah air. Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghadiah­kan sebuah konsert yang menyatukan penyanyi tersohor Datuk M.Nasir dan Datuk Jamal Abdillah dalam ‘Konsert 2 Dimensi’ yang bakal menemui penoton pada 22 Mei ini, jam 9.30 malam menerusi saluran TV1.

Disiarkan mengisi slot Lentera Muzika, konsert yang diadakan bertempat di Auditorium Perdana, Angkasapur­i, Kuala Lumpur sekitar November 2015 lalu menerima sambutan di luar jangkaan penonton yang hadir menantikan persembaha­n Jamal Abdillah dan M.Nasir bermula jam 9.00 malam.

Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali memulakan persembaha­n dengan lagu ‘Aku Penghibur’ diikuti lagu ‘Juwita Citra Terindah’ oleh M.Nasir dengan gayanya yang tersendiri. Pemilik nama Mohamad Nasir Mohamad meneruskan persembaha­n solo dengan lagulagu hitsnya iaitu ‘Phoenix Bangkit Dari Abu’, ‘Falsafah Cinta’ dan ‘Suatu Masa’.

Diiringi pemuzik Orkestra Radio Televisyen Malaysia (RTM), persembaha­n diteruskan lagi dengan persembaha­n solo ‘Raja Pop’ dengan mendendang­kan lagu-lagu popularnya berjudul ‘Di Sudut Kamar Hatimu’ dan ‘Seniman Menangis’.

Juara Bintang RTM 1979 itu turut mengambil kesempatan menghiburk­an peminat dengan lagu ‘Azura’ yang sememangny­a dinantikan sejak awal konsert lagi.

Menariknya Jamal yang mencecah usia pertengaha­n 50-an turut mendendang­kan lagu ‘Seroja’ dan ‘Kau Kekasih Awal Dan Akhir’ yang ternyata berjaya memukau lebih 500 penonton dengan persembaha­n cukup bertenaga dan menghiburk­an.

Dua penyanyi undangan, Hazama dan Azlan The Typewriter turut mengambil tempat menghiburk­an dengan lagu popular mereka. Azlan nyata menyerlah dengan dua lagunya iaitu ‘Melankoli’ dan ‘Malam’ beserta lagu pilihannya iaitu ‘Hani’ nyanyian asal Dato’ Hattan. Sementara itu Hazama menyanyika­n lagu yang menjadi siulan masa kini bertajuk ‘Sampai Mati’ dan lagu kumpulan Search berjudul ‘Aku Dah Bosan’.

Lagu ‘Ghazal Untuk Rabiah’ dipilih menjadi penutup tirai persembaha­n konsert yang menggabung­kan keempat-empat artis tersebut.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov. my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ?? JAMAL ABDILLAH
JAMAL ABDILLAH
 ??  ?? M.NASIR
M.NASIR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia