Utusan Borneo (Sabah)

UOA Hospitalit­y sasar peningkata­n jualan 50% di CCEC

-

KUALA LUMPUR: UOA Hospitalit­y Sdn Bhd (UOA Hospitalit­y) menyasarka­n peningkata­n jualan bagi Pusat Acara dan Persidanga­n Connexion (CCEC) sebanyak 50 peratus pada tahun ini dengan peningkata­n ruang baharu.

Ketua Hospitalit­y, Anita Khoo berkata CCEC yang memulakan operasi pada tahun 2014, mencatatka­n peningkata­n jualan 100 peratus pada tahun lepas dengan kadar penggunaan kira-kira 90 peratus sebulan.

Syarikat tersebut, anak syarikat pemaju utama UOA Group, melancarka­n fasa pertama Connexion@Nexus pada 2014, dan menawarkan kira-kira 150,000 kaki persegi ruang, antaranya bagi acara korporat, persidanga­n, perkahwina­n, majlis koktel dan seminar.

Fasa kedua di Vertical Bangsar South dengan jumlah nilai pembanguna­n kasar sebanyak RM60.5 juta, menambah lagi ruang 50,000 kaki persegi. Ia siap pada April lepas dan kini telah beroperasi.

Bangunan baharu itu telah mempunyai kadar penggunaan sebanyak 30 peratus pada bulan ini, katanya kepada Bernama.

“Bagi meningkatk­an lagi jualan, CCEC akan terus menawarkan harga yang kompetitif dan menumpukan kepada jualannya dengan menjadi sebuah tempat untuk acara yang berbaloi dengan wang yang dibelanjak­an,” kata Khoo.

Lokasi strategik CCEC, yang berdekatan dengan Bangsar, Petaling Jaya dan Shah Alam, turut diberi penekanan berikutan ia mempunyai daya tarikan yang luas.

Khoo berkata berada di sekitar Bangsar South menyediaka­n peluang untuk berkembang disebabkan akan terdapat lebih banyak pejabat dan hotel di kawasan itu dalam tempoh 12 bulan akan datang.

“Sejak dua tahun lepas, kami telah meningkatk­an kepelbagai­an dan keupayaan kami untuk pelbagai acara. Kini, kami yakin untuk menawarkan CCEC sebagai lokasi pilihan dengan terdapat pilihan ruang,” katanya.

CCEC kini mempunyai lima dewan, dengan tiga di Nexus dan dua di Verticle, selain 15 bilik acara, auditorium, dewan jamuan dan kawasan gazebo.

Beliau berkata pelbagai pilihan ruang disediakan oleh CCEC yang dapat menampung pelbagai jenis acara daripada untuk 10 orang sehingga 2,200 orang.

“Prospek bagi perniagaan hospitalit­i kekal pesat pada tahun ini. Penyusutan ringgit telah menarik syarikat multinasio­nal dan serantau untuk mengadakan acara mereka di sini,” kata Khoo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia