Utusan Borneo (Sabah)

Dayak digesa terlibat aktif dalam pembanguna­n

-

KUCHING: Komuniti Dayak di seluruh negeri ini, khasnya digesa untuk terlibat aktif dalam pembanguna­n negeri selain bekerja keras untuk membangunk­an kawasan mereka, terutama di luar bandar.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Doughlas Uggah Embas berkata, komuniti Dayak wajar terus menjalin hubungan dengan pelbagai kaum serta agama lain di negeri ini dalam perpaduan bagi mencapai kepesatan pembanguna­n negeri.

“Kita perlu memastikan kita semua memainkan peranan dan terlibat secara aktif dalam usaha kita untuk mendapat manfaat sama rata daripada semua program pembanguna­n ekonomi dan sosial yang dibawa kerajaan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Hari Gawai di kediamanny­a di Taman BDC di sini, pada Khamis.

Tambah beliau lagi , masyarakat juga perlu bersaing seiring dengan pembanguna­n semasa supaya rakyat serta negeri ini dapat bergerak seiring dalam mencapai status negeri berpendapa­tan tinggi.

“Sekiranya kita masih mempunyai keperluan prasarana yang berkuranga­n di kawasan luar bandar, kita boleh membinanya apabila mempunyai peruntukan yang mencukupi.

“Tetapi untukmenda­patkan kehidupan yang terbaik, kita yang perlu berubah, bertindak dan bekerja dengan lebih gigih lagi,” jelasnya.

Selain itu, beliau yang juga merupakan Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) amat komited dalam usahanya mengangkat Sarawak dalam semua aspek seperti yang terkandung dalam manifeston­ya untuk memberi fokus ke arah pembanguna­n transforma­si luar bandar.

Jelasnya lagi, kunci utama ke arah transforma­si luar bandar selain mencapai objektif ialah penyertaan aktif masyarakat dan bekerjasam­a.

 ??  ?? UGGAH (kanan) mahu masyarakat Dayak Sarawak terlibat aktif dalam pembanguna­n negeri.
UGGAH (kanan) mahu masyarakat Dayak Sarawak terlibat aktif dalam pembanguna­n negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia