Utusan Borneo (Sabah)

E-Dagang peluang luas pemasaran

Kursus disertai 25 peniaga dan pengusaha IKS Kampung Telisai

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Seramai 25 peniaga dan pengusaha industri kecil dan peruncitan dari Kg Telisai telah berjaya mengikut Kursus E-Dagang anjuran KRT Telisai bersama dengan Kolej Komuniti Lahad Datu.

Kursus selama dua hari itu telah diadakan di Kolej Komuniti Lahad Datu dan perasmian penutupan serta penyampaia­n sijil kepada semua peserta telah disempurna­kan oleh Ahli Parlimen Silam Datuk Hj Datu Nasrun Datu Harun.

Dalam ucapan perasmian penutupan, Nasrun menggesa agar para peserta mengambil kesempatan dan peluang yang disediakan oleh pihak kerajaan melalui usaha Kolej Komuniti Lahad Datu untuk sentiasa menambahka­n kemahiran serta ilmu pengetahua­n dalam bidang perniagaan.

Jelas beliau, penganjura­n kursus itu juga adalah bukti keprihatin­an kerajaan masyarakat luar bandar khususnya dalam usaha membantu masyarakat memajukan diri dalam bidang perniagaan maya yang semakin popular ketika ini.

Antara kandungan utama kursus adalah penggunaan media maya dalam pemasaran produk seperti melalui Facebook, Instagram dan Blogspot. Para peserta kursus juga telah diperkenal­kan kepada proses pembuatan jenama produk menggunaka­n komputer serta kaedahkaed­ah pemasaran media maya yang berkesan dan tepat kepada sasaran pelanggan.

Terdahulu, Mohd Sahad Abd Said, selaku penyelaras kursus bagi pihak KRT Kg Telisai, berkata penyertaan baik daripada warga peniaga dan pengusaha Kg Telisai membuktika­n kesediaan para peserta mendalami ilmu perniagaan masakini yang perlu diamalkan oleh penduduk luar bandar.

Katanya, ia juga sedikit- sebanyak akan meluaskan lagi ruang pasaran produkprod­uk yang terhasil di kampung untuk dilanggani oleh pembeli yang berada di bandar dan sebagainya. Antara produk yang telah dihasilkan oleh peniaga Kg Telisai adalah Minyak Kelapa Dara Telisai dan Kuih Tradisi Tinapa.

“Kejayaan penganjura­n ini juga meletakkan proses transforma­si desa yang disasarkan oleh kepimpinan Kg Telisai melalui Pelan Strategik Kampung Telisai 2016-2020 berada di landasan yang tepat.

“Kolaborasi bijak dengan institusi kerajaan seperti Kolej Komuniti ini merupakan kali kedua dimaterai oleh kepimpinan Kampung Telisai setelah berjaya menganjurk­an kursus bersepadu Anjung Ilmu Komuniti pada awal Mei yang lepas,” katanya.

Sebagai kampung yang terpilih menjadi Johan Pertanding­an Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M) Peringkat Negeri Sabah 2015, melalui kursus ini, Kampung Telisai sekali lagi mengorak langkah positif ke arah memperkasa­kan daya saing berniaga dalam kalangan pendudukny­a.

 ??  ?? PENCERAMAH bersama sebahagian perserta setelah berjaya menamatkan kursus.
PENCERAMAH bersama sebahagian perserta setelah berjaya menamatkan kursus.
 ??  ?? ASMAH, Jesica dan Suaidah adalah antara peniaga Telisai yang menyertai kursus itu.
ASMAH, Jesica dan Suaidah adalah antara peniaga Telisai yang menyertai kursus itu.
 ??  ?? MOHD Sahad bersama para peserta.
MOHD Sahad bersama para peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia