Utusan Borneo (Sabah)

PROJEK SIAP IKUT JADUAL

Projek PR1MA Borneo Cove 999 unit dijangka siap pada 2018

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Projek Perumahan PR1MA Borneo Cove yang membabitka­n 999 unit rumah dengan kos RM269.62 juta bakal siap mengikut jadual pada 2018.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata beliau amat gembira dengan perkembang­an positif ke atas pembinaan projek perumahan PR1MA di sini.

“Lawatan kerja ini adalah untuk memantau projek di bawah Aku Janji bagi melihat perkembang­an projek berkenaan seperti disarankan oleh Perdana Menteri,” katanya, sambil menyatakan PR1MA Borneo Cove pernah dilawatnya tahun lepas.

“Hari ini, saya melawat projek ini sekali lagi dan projek ini telah bermula pembinaann­ya serta berjalan lancar,” katanya ketika lawatan kerja di tapak projek perumahan PR1MA Borneo Cove yang terletak di Jalan Buli Sim-Sim, pagi kelmarin.

Kurup berkata daerah Sandakan amat bertuah kerana memiliki dua projek perumahan PR1MA dilaksanak­an oleh kontraktor sama.

Dua projek perumahan di Sandakan, iaitu PR1MA Borneo Cove mempunyai 999 unit dan PR1MA Sandakan City Centre memiliki 750 unit yang bakal dibina kelak, termasuk rumah kedai serta kemudahan asas lain.

Kurup berkata, beliau difahamkan projek perumahan itu bakal siap sepenuhnya pada tahun 2018 mengikut jadual yang ditetapkan.

“Pada keseluruha­nnya di Sabah, projek perumahan melalui Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia ( PR1MA) dan beberapa agensi termasuk Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menetapkan sasaran kira-kira 50 ribu unit untuk dibina,” katanya.

Beliau berkata setakat ini yang sudah siap pembinaann­ya adalah sejumlah 7,693 unit di seluruh negeri.

“Saya meminta semua agensi terlibat bekerjasam­a agar sasaran kita membina perumahan di beberapa kawasan di Sabah dapat disiapkan,” katanya.

Dalam lawatan kerja itu, Kurup melihat tiada masalah besar dalam membina perumahan berkenaan.

Untuk rekod, kemajuan pembinaan PR1MA Borneo Cove kini sejumlah 23.61 peratus dengan keluasan 9.5 ekar yang memiliki kemudahan dewan serbaguna, taska, tadika, taman permainan dan gelanggang futsal.

Projek ini mempunyai tiga blok perumahan melibatkan 999 unit rumah dengan kos RM269.62 juta dan dijangka siap pada 27 Ogos 2018.

Projek perumahan yang disasarkan dibina di seluruh Sabah membabitka­n PR1MA (22,359 unit), SPNB (8,170 unit) dan Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (19,443 unit).

Dari jumlah berkenaan, SPNB telah menyiapkan 3,553 unit dan kementeria­n 4,140. Bagi projek perumahan yang sedang dalam pembinaan, PR1MA sebanyak 4,531 unit, SPNB 1,254 unit dan kementeria­n 3,095 unit.

Dalam lawatan kerja itu juga, Kurup turut melawat Tapak Projek Taman Awam Batu 2 ½ Sandakan yang dilaksanak­an oleh Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang bernilai RM3.73 juta.

Turut hadir pada lawatan itu, Timbalan Ketua Pengarah ICU Jabatan Perdana Menteri Datuk Zolkopli Dahalan, Pemilik Hotel Borneo Cove Datuk Nasir Yeo, Timbalan Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan Haji Mohd Hamsan Haji Awang Supain, dan Pegawai Kemajuan Negeri Pejabat Pembanguna­n Persekutua­n Negeri Sabah Haji Rubi Ubi.

 ??  ?? NASIR memberi penerangan kepada Kurup ketika melihat replika PR1MA Borneo Cove sambil diperhatik­an oleh Zolkopli, Hamsan dan Ruji.
NASIR memberi penerangan kepada Kurup ketika melihat replika PR1MA Borneo Cove sambil diperhatik­an oleh Zolkopli, Hamsan dan Ruji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia