Utusan Borneo (Sabah)

England hilang kreativiti, gol Smalling selamatkan maruah

-

LONDON, England: Tandukan minit ke- 86 oleh pemain pertahanan tengah, Chris Smalling, menyelamat­kan maruah England apabila menewaskan Portugal 1- 0 di Stadium Wembley, pada perlawanan persediaan terakhir ke Euro 2016 Khamis lepas.

Ketika Portugal merehatkan bintang utamanya, Cristiano Ronaldo ekoran penglibata­n beliau dalam final Liga Juara- Juara bersama Real Madrid, jurulatih England, Roy Hodgson dilihat dapat menurunkan skuad terkuatnya.

Tetapi men- jelang perlawanan pembukaan England dalam Kumpulan B menentang Rusia hanya kurang lapan hari, gol antarabang­sa yang pertama Smalling memastikan kemenangan buat pasukan tuan rumah yang kelihatan hilang kreativiti walaupun ber- main menentang 10 pemain selepas pemain Portugal, Bruno Alves dibuang padang pada minit ke-35.

Hodgson memberitah­u ITV: “Saya tidak bersedia untuk menerima di mana kami tidak bermain den- baik. Kami kelihatan bagus, kami mempunyai rentak sepanjang permainan dan ia mungkin lebih baik jika menentang 11 pemain. “Saya tidak bersedia untuk berdiri di sini dan mengkritik beberapa pemain. Jika saya mula berasa tidak puas hati dengan tiga kemenangan ke atas Australia, Turki dan Portugal, saya akan menjadi seorang jurulatih yang sukar berpuas hati.” Apa pun, walaupun memenangi tiga perlawanan persediaan, England akan bertandang ke Perancis pada hari Isnin dengan lebih ban- yak kera- guan daripa d a keyakinan. Tiada banyak tarikan buat penyokong Portugal pada malam yang dingin di barat kota London selepas pasukan mereka tegan was kepada England buat kali pertama dalam enam perlawanan tetapi jurulatihn­ya, Fernando Santos akan dapat menurunkan kapten pasukan, Ronaldo, pada perlawanan persediaan terakhir menentang Estonia di Lisbon, 8 Jun depan.

“Hari ini adalah satu perlawanan yang sukar,” kata Santos. “Ia adalah perlawanan persahabat­an dan kami bermain dengan 10 pemain. Ia sentiasa sukar dengan 10 pemain, terutama sekali menentang England dan dalam suasana seperti ini.

“Tetapi kami gembira dengan persiapan kami dan berharap meningkat lebih baik di Perancis.”

Penyokong England mengharapk­an Wayne Rooney, Harry Kane dan Jamie Vardy diturunkan di posisi serangan tetapi walaupun Hodgson menurunkan ketiga-tiga pemain dalam kesebelasa­n utama yang pertama buat kali pertama, Kane dan Vardy bermain di posisi sayap, dengan Rooney di bahagian tengah serangan.

Dengan perlawanan turut disaksikan oleh pengurus baharu Manchester United, Jose Mourinho, yang mahu melihat prestasi anak buah baharunya, Rooney dan Smalling, selain dari negara kelahirann­ya, serangan awal England bermula dari pertahanan kanan, Kyle Walker.

Pemain kelab Tottenham Hotspur itu melakukan satu umpanan kepada Rooney tetapi tandukan kapten England itu ditepis penjaga gol Rui Patricio sebelum satu lagi cubaan melambung tinggi.

Portugal, dengan Nani memangku tugas sebagai kapten ekoran ketiadaan Ronaldo, menyaksika­n tandukan Ricardo Carvalho sedikit tinggi dari satu tendangan percuma Joao Moutinho.

Rentak permainan memihak kepada England 10 minit sebelum rehat apabila Alves, pemain pertahanan tengah, dilayangka­n kad merah kerana terjahan keras ke atas Kane.

Nasib baik Kane tidak mengalami sebarang kecederaan dan tidak lama selepas itu, beliau memaksa Patricio bertindak tangkas selepas menerima umpanan Rooney.

Kedua- dua jurulatih melakukan beberapa pertukaran dalam separuh masa kedua dengan Jack Wilshere menggantik­an James Milner untuk menambah kelancaran umpanan ketika England terus melancarka­n serangan.

Ricardo Quaresma hampir membuka jaringan buat Portugal tetapi cubaannya sedikit tersasar dan ketika kedua-dua pasukan membayangk­an keputusan seri, umpanan lintang cantik Raheem Sterling ditanduk masuk oleh Smalling untuk gol kemenangan empat minit sebelum tamat permainan.

 ??  ??
 ??  ?? ALVES (tengah) diarah meninggalk­an padang apabila dilayangka­n kad merah selepas mengasari Kane (tidak kelihatan) pada aksi persahabat­an di Stadium Wembley, London pada Khamis lepas. — Gambar Reuters
ALVES (tengah) diarah meninggalk­an padang apabila dilayangka­n kad merah selepas mengasari Kane (tidak kelihatan) pada aksi persahabat­an di Stadium Wembley, London pada Khamis lepas. — Gambar Reuters
 ?? — Gambar AFP ?? SMALLING ceria selepas menjaringk­an gol kemenangan England pada perlawanan persahabat­an menentang Portugal di Stadium Wembley, London Khamis lepas.
— Gambar AFP SMALLING ceria selepas menjaringk­an gol kemenangan England pada perlawanan persahabat­an menentang Portugal di Stadium Wembley, London Khamis lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia