Utusan Borneo (Sabah)

Tingkatkan penguasaan BI

Karnival BI Peringkat Negeri Sabah 2016 disertai 20 daerah

- Oleh SALMAN ABADI

KARNIVAL Bahasa Inggeris Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sabah 2016 telah berlangsun­g dengan jayanya dan mendapat sambutan yang membanggak­an.

Program itu dianjurkan oleh Unit Kokurikulu­m di bawah Ko-Akademik (Bahasa), Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n (SPK) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan dikelolaka­n oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tenom dengan kerjasama sekolah-sekolah di daerah Tenom.

Penyelaras Program Karnival Juspah Nasip yang juga Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) PPD Tenom berkata karnival itu telah berlangsun­g pada 27 hingga 29 Mei lalu dan pelaksanaa­nnya berpusat di tiga lokasi berasingan iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tenom, SMK Chinta Mata Tenom dan SJKC Ching Hwa Tenom.

Katanya, program itu mendapat sambutan yang membanggak­an dengan penyertaan 20 daripada 24 daerah pentadbira­n pendidikan (PPD) di Sabah.

Juspah berkata secara umumnya program karnival itu bertujuan meningkatk­an penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar melalui pelbagai kemahiran yang berkaitan.

“Empat acara yang dipertandi­ngkan itu memberi penekanan terhadap usaha meningkatk­an pelbagai kemahiran dalam Bahasa Inggeris termasukla­h penguasaan tata bahasa dan kemahiran berbahasa, selaras dengan kepentinga­n Bahasa Inggeris dalam dunia pendidikan, perniagaan dan komunikasi global,” katanya.

Dalam masa yang sama, program itu dapat membina dan memantapka­n keyakinan diri para pelajar, mencungkil bakat dan kreativiti serta memupuk nilai jati diri dan pembanguna­n sahsiah yang unggul, di samping memperkuku­hkan perpaduan melalui kokurikulu­m.

Juspah menjelaska­n pelaksanaa­n program Karnival Bahasa Inggeris itu juga selaras dengan ‘lima aspirasi sistem’ dan ‘enam aspirasi murid’ yang digariskan dalam perancanga­n jangka panjang Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM 2013–2025).

Lima aspirasi sistem dalam PPPM ialah akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.

Perpaduan dalam lima aspirasi sistem pendidikan Malaysia membawa maksud ‘sistem pendidikan yang menawarkan perkongsia­n pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak (pelajar) dengan menghargai kepelbagai­an’ dan ia amat bertepatan dengan penganjurk­an karnival itu.

Enam aspirasi murid dalam PPPM ialah pengetahua­n, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional.

Sementara itu, anjakan ke2 daripada 11 anjakan untuk transforma­si sistem pendidikan yang terkandung dalam PPPM berhasrat ‘memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajar­i bahasa tambahan’.

Sempena karnival itu, empat acara yang dipertandi­ngkan ialah Poetry Recitation, Story Telling, Public Speaking dan Scrabble melibatkan penyertaan untuk kategori pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah Tahap 2.

Dalam pertanding­an Poetry Recitation Sekolah Menengah, johan dimenangi Katreena Md Fozi dan Angelica Mathew dari SM St Francis Convent (Kota Kinabalu), naib johan Angelica So Xiau Yuan dan Daphie Raymond Moloyos dari SM St Joseph (Papar) dan tempat ketiga Sheena Nair dan Shayzrina F Borhan dari SMK St Paul (Beaufort).

Poetry Recitation Sekolah Rendah diungguli peserta SK Buang Sayang (Papar) Nureen Afiqah & Errzie Rachel, naib johan Irfan Isham dan Stasia Ivanna Yen dari SJKC Kung Ming (Beaufort) dan ketiga Amber Daniella dan Britania Celyn Ng dari SJKC Hwa Shiong (Putatan).

Acara Story Telling yang hanya melibatkan pelajar Sekolah Rendah Tahap 2, johan disandang oleh Dezryn Angeline Nestor dari SRK St Theresa (Tambunan), naib johan Afdhaliyah Fadil dari SJKC Sin Hwa (Tawau) dan ketiga Sanchitha A/P Sangkar dari SK St Monica, Sandakan.

Jevan Ravi dari SMK Agaseh (Lahad Datu) muncul johan acara Public Speaking Sekolah Menengah, meletakkan Deborah Raymond Moloyos dari SM St Joseph (Papar) dan Wan Amir Ashraf Yamin dari SM St Michael (Penampang) di tempat kedua dan ketiga.

Public Speaking Sekolah rendah, johan dimenangi Jaden Jude Justinian dari SJKC St Peter (Kudat), naib johan Tanya Cheong Tong dari SJKC Hing Hwa (Tawau) dan ketiga Alsten Adrian Lindua dari SK Penampang, Penampang.

Bagi acara Scrabble Sekolah Menengah, johan dimenangi pasangan Tomme Lo Vui Kong dan O’Neil Jakiri dari SMK Nambayan (Tambunan) dan naib johan disandang Christabel Ntakop Ndzi dan Cherilyn Ameera Raffizy dari SM St Michael (Penampang).

Lidyana Hendery dan Ivy Shereen W Mojuli dari SK Kipovo (Penampang) meraih gelaran johan Scrabble Sekolah Rendah manakala naib johan diraih pasangan Arnold Lesunin dan Presskaaly­a Matunggul dari SK Sayap (Kota Belud).

Ketua Wanita Umno Bahagian Tenom Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan merasmikan karnival itu di Dewan SJKC Chung Hwa, Tenom.

Dalam ucapannya, beliau berkata penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar luar bandar dan pedalaman perlu terus diperkukuh­kan bagi membolehka­n mereka menguasai ilmu sains dan teknologi, sekali gus bersaing di peringkat global.

Katanya, ia penting untuk merapatkan jurang dengan pencapaian dan daya saing dengan pelajar di kawasan bandar.

“Penguasaan Bahasa Inggeris amat penting sebagai bahasa antarabang­sa, bahasa kominikasi dan bahasa perdaganga­n moden.

“Kita berharap guruguru di kawasan luar bandar dan pedalaman sama-sama menggalas tugas bagi membawa kecemerlan­gan pelajar, khususnya dalam penguasaan Bahasa Inggeris,” katanya.

Rahmahjan berkata kerajaan turut mengambil pelbagai usaha bagi memperkuku­h penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar tanpa mengetepik­an dasar memartabat­kan Bahasa Melayu.

Berikutan itu katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentang­an Bajet 2016 mengumumka­n dua inisiatif baharu di bawah dasar Memartabat­kan Bahasa Melayu dan Memperkuku­h Bahasa Inggeris (MBMMBI) iaitu Program Highly Immersive (HIP) dan Program Dual Language (DLP).

Untuk tujuan itu, sebanyak RM38.5 juta diperuntuk­kan kepada projek perintis untuk melancarka­n kedua-dua program itu (HIP dan DLP) pada tahun ini.

Terdahulu, wakil Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Tenom Yen Yat Fuan dalam ucapannya merakamkan penghargaa­n kepada semua pihak yang terlibat menjayakan karnival itu khususnya sekolah tuan rumah di Tenom serta para peserta dari 20 daerah yang mengambil bahagian.

Katanya, sambutan dan penyertaan yang amat membanggak­an dalam program itu membuktika­n usaha dan komitmen pihak PPD, sekolah atau PIBG untuk memastikan anak-anak dapat menyertai karnival itu demi faedah dan kepentinga­n pendidikan para pelajar dan pihak sekolah keseluruha­nnya.

Menurutnya, segala pengetahua­n dan pengalaman yang diperolehi menerusi program itu bukan sahaja bermanfaat untuk pelajar dalam bidang kokurikulu­m tetapi juga menjadi pengalaman berharga kepada guru-guru dan pihak sekolah serta PPD Tenom sebagai pengelola karnival peringkat negeri Sabah.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pegawai Teknikal Program Bahasa, Unit Ko-Akademik Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (pada masa itu), Cyril Lijawa; Penolong-penolong Pegawai PPD Tenom, Penyelia Kokurikulu­m PPD Tenom, Zainuddin Jalani; para Pengetua dan Guru-guru Besar daerah Tenom.

 ??  ?? PEMENANG Karnival BI bergambar kenangan bersama Rahmahjan dan para pegawai di PPD Tenom.
PEMENANG Karnival BI bergambar kenangan bersama Rahmahjan dan para pegawai di PPD Tenom.
 ??  ?? NUREEN Afiqah dan Errzie johan Poetry Recitation Sekolah Rendah.
NUREEN Afiqah dan Errzie johan Poetry Recitation Sekolah Rendah.
 ??  ?? AJK Pengelola Karnival BI bersama Rahmahjan (berdiri lima dari kiri), Yen Yat Fuan, Cyril (dua kiri) dan Juspah (ketujuh dari kiri).
AJK Pengelola Karnival BI bersama Rahmahjan (berdiri lima dari kiri), Yen Yat Fuan, Cyril (dua kiri) dan Juspah (ketujuh dari kiri).
 ??  ?? PEMENANG pertanding­an Poetry Recitation Sekolah Menengah, Angelica dan Kathreena.
PEMENANG pertanding­an Poetry Recitation Sekolah Menengah, Angelica dan Kathreena.
 ??  ?? RAHMAHJAN menyampaik­an piala johan public Speaking kepada Jeevan Ravi sambil diperhatia­n Yen Yat Fuan dan Juspah (kiri).
RAHMAHJAN menyampaik­an piala johan public Speaking kepada Jeevan Ravi sambil diperhatia­n Yen Yat Fuan dan Juspah (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia