Utusan Borneo (Sabah)

Budak, 7, hilang di hutan Jepun ditemui masih hidup: Laporan

-

TOKYO: Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun yang hilang sejak ditinggal-kan di dalam hutan yang di-diami beruang di utara Jepun sebagai hukuman hampir seminggu lalu ditemui masih hidup semalam dan disatukan semula dengan ibu bapanya.

Budak itu, dipercayai tidak cedera dan dalam keadaan sihat, dijumpai di sebuah pangkalan tentera. Laporan menyebut dia telah mencari perlindung­an dalam sebuah pondok dan menemui paip untuk mendapatka­n air minuman tetapi kelaparan dan segera meminta makanan ketika dia ditemui.

“Seorang pegawai Pasukan Pertahanan Diri yang sedang menjalani latihan menjumpai seorang budak lelaki yang dipercayai berusia tujuh tahun,” kata jurucakap polis di Pulau Hokkaido di utara Tomohito Tamura.

“Tiada kecederaan luaran yang ketara kelihatan, dan budak itu memperkena­lkan diri sebagai Yamato Tanooka,” katanya kepada AFP.

“Dia kelihatan sihat tetapi dia telah dihantar ke hospital oleh helikopter perubatan,” kata jurucakap Pasukan Pertahanan Diri Manabu Takehara kepada AFP.

Kanak-kanak itu hilang sejak Sabtu lepas setelah ibu bapanya berkata mereka memaksanya keluar dari kereta mereka di sebatang jalan gunung sebagai hukuman kerana berkelakua­n buruk – tindakan yang menyebabka­n mereka dikritik dengan teruk.

Ibu bapa itu pada mulanya memberitah­u polis bahawa anak mereka hilang ketika mereka berjalan-jalan untuk mengumpul sayur- sayuran liar, tetapi kemudian mengakui mereka menjadi marah dan mengarahka­nnya untuk keluar dari kereta kerana dia telah membaling batu ke arah kereta dan orang.

Akhbar tempatan Hokkaido Shimbun berkata budak itu memberitah­u polis pada malam Ahad lepas dia berjalan agak jauh ke pondok di pangkalan tentera berkenaan.

Pangkalan itu dilaporkan terletak kira-kira 5.5 kilometer ke timur laut dari lokasi di mana dia hilang.

Seorang pegawai Pasukan Pertahanan Diri yang tidak dikenali memberitah­u badan penyiaran kebangsaan NHK, terdapat dua bangunan dalam lingkungan sebuah padang senaman, dan apabila askar itu membuka pintu salah sebuah bangunan, dia menjumpai budak itu di dalam.

“Apabila pegawai itu bertanya ‘adakah anda Yamato?’ budak itu berkata ‘Ya, saya’.”

Seorang lagi pegawai tentera turut memberitah­u NHK budak itu kelaparan dan askar yang menjumpain­ya memberi sesuatu kepadanya untuk dimakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia