Utusan Borneo (Sabah)

Program PVATM perlu disokong

-

MASYARAKAT digesa menyokong dan membantu program anjuran Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM).

Menteri Belia dan Sukan Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata masyarakat perlu tampil membantu setiap aktiviti PVATM seperti pungutan derma tabung perwira sebagai menghargai segala pengorbana­n mereka mempertaha­nkan tanah air.

“Kita perlu buka mata bahawa ada dalam kalangan veteran ATM yang masih memerlukan bantuan, sedangkan kemakmuran hari ini adalah hasil daripada keringat dan darah pejuang-pejuang terdahulu,” katanya.

Beliau yang dilantik menjadi penasihat PVATM Sabah menegaskan perkara itu ketika merasmikan Majlis Penamat Kayuhan Basikal Veteran ATM Jelajah Borneo, pagi kelmarin.

Mengenai kayuhan itu, Tawfiq berbangga kerana kewujudan PVATM Sabah dilihat sebagai sebuah persatuan yang aktif dan sentiasa menyumbang kepada pembanguna­n masyarakat selain mempamerka­n semangat juang yang luar biasa tanpa mengharapk­an sebarang imbuhan.

Pengayuh basikal, Kapten (B) Zulkiflie Ibrahim, 46, berkata perjalanan yang bermula pada 19 Mei itu mengambil masa 14 hari untuk melalui jarak keseluruha­n sejauh 1,400 kilometer.

Katanya cabaran besar yang dihadapiny­a ialah keadaan bentuk muka bumi sepanjang laluan serta terpaksa menempuh musim hujan.

“Walaupun mengharung­i pelbagai cabaran, pengalaman kali ini sangat menarik kerana saya dapat menikmati keindahan negeri Sabah di sepanjang laluan.

“Saya ingin menjemput penggemar sukan berbasikal dari dalam dan luar untuk merasai sendiri pengalaman ini kerana Sabah mempunyai laluan jelajah berbasikal yang menjanjika­n cabaran serta keistimewa­an yang tersendiri,” katanya.

Beliau yang bersara dengan jawatan terakhir sebagai Pegawai Tadbir di Regimen 507 Kem Paradise Kota Belud menjelaska­n jelajah berkenaan juga membawa mesej ‘Share The Road’ iaitu memupuk kesedaran dan mengamalka­n budaya berhemah dan bertoleran­si demi menjaga keselamata­n dalam kalangan pengguna jalan raya.

Tambahnya, mereka juga ingin menunjukka­n kepada masyarakat bahawa ahli PVATM sarat dengan semangat juang dan sentiasa bersedia pada bila-bila masa jika diperlukan negara.

Turut hadir, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai dan Yang Dipertua PVATM Sabah Zaman Bayang.

 ??  ?? TAWFIQ (kiri) menyambut ketibaan Zulkiflie setelah menamatkan Kayuhan Basikal Veteran ATM Jelajah Borneo.
TAWFIQ (kiri) menyambut ketibaan Zulkiflie setelah menamatkan Kayuhan Basikal Veteran ATM Jelajah Borneo.
 ??  ?? TAWFIQ bersama ahli PVATM Sabah bergambar kenangan.
TAWFIQ bersama ahli PVATM Sabah bergambar kenangan.
 ??  ?? ZULKIFLIE (kiri) menerima sumbangan daripada Tawfiq.
ZULKIFLIE (kiri) menerima sumbangan daripada Tawfiq.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia