Utusan Borneo (Sabah)

Industri pelanconga­n Kota Belud penting menjelang 2020

-

KOTA BELUD: Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Musbah Haji Jamli berkata industri pelanconga­n di daerah ini akan menjadi salah satu kegiatan sosial dan ekonomi yang paling penting menjelang 2020.

Beliau berkata perbelanja­an pelancong di negeri ini sahaja didapati meningkat kepada RM4.5 juta dan sekiranya Kota Belud dapat memikat para pelancong dalam dan luar negeri untuk mendapatka­n RM1 juta sahaja daripada jumlah perbelanja­an mereka itu, sudah tentulah Kota Belud akan sekurangku­rangnya memperoleh­i untung kasar RM2 bilion dalam setahun.

Katanya, kini Kota Belud mempunyai produk pelanconga­n seperti Pulau Mantanani, monyet belanda di Kampung Kawa-kawa, kelip-kelip di Kampung Nanamun, pesisiran pantai terpanjang di Asia dapat dilihat di Kampung Rampaian Laut, air terjun di Kampung Sayap, Kg Podos dan Kg Malangkap dan keindahan Gunung Kinabalu yang sungguh memikat ketika berada di kawasan jelapang padi negeri seluas 10,000 hektar di Tempasuk.

“Mukim Rosok Bangkahak yang mempunyai air terjun dan bunga Rafflesiat­idakakanke­tinggaland­alam arus pembanguna­n negara menerusi industri pelanconga­n sekiranya masyarakat di 11 perkampung­an ini tetap memelihara Tema Kaamatan Tahun ini, iaitu ‘ Keamanan dan Pesahabata­n’ sebagai asas menjana Komuniti Pembanguna­n Pelanconga­n,” katanya.

Beliau yang juga pengerusi Pelanconga­n Kota Belud merangkap Adun Tempasuk berkata demikian ketika merasmikan Tadau Kaamatan Mukim Rosok Bangkahak anjuran bersama 11 perkampung­an dalam kawasan Tempasuk di Dewan Masyarakat Kampung Rosok Rantai, pada Khamis.

Musbah berkata menerusi kepelbagai budaya di daerah mahupun di negeri ini, semangat persahabat­an dan perpaduan pelbagai kaum yang telah wujud selama ini perlu terus diamal dan diperkukuh­kan.

“Mengapa perpaduan itu amat penting untuk negara kita? Ia kerana, perpaduanl­ah yang menjadi wadah dan imej negara kita di mata orang luar, perpaduan menarik minat pelabur dan pelancong untuk datang ke negara kita, di negeri kita dan di Kota Belud khasnya.

“Perpaduan juga akan membolehka­n pihak kerajaan merancang dan melaksanak­an pembanguna­n dengan lancar bagi meningkatk­an taraf hidup rakyat dan yang paling utama, perpaduanl­ah yang menjadikan negara ini aman dan sejahtera,” katanya.

Dalam pada itu, seramai 17 gadis di bawah 20 tahun masingmasi­ng mewaliki 11 perkampung­an menyertai pertanding­an Unduk Ngadau, serta beberapa kanak- kanak yang mengikuti pertanding­an Fesyen Kanakkanak.

Ea r l e v ia Khuli m , 1 9 , diumumkan Unduk Ngadau Kaamatan Mukim Rosok Bangkahak 2016, tempat kedua Aliyya Ikhwani Kakom,19, dan ketiga Ewie Janny Elok,19.

Manakala Ratu Fesyen KanakKanak pula dimenangi oleh Aira Malek,10, tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Nur Amirah Syahirah,10, dan Aristawa Yappoh, 10.

 ??  ?? (Gambar kanan) MUSBAH (kiri) menyumbang­kan kerusi roda kepada seorang petani.
(Gambar kanan) MUSBAH (kiri) menyumbang­kan kerusi roda kepada seorang petani.
 ??  ?? (Gambar atas) PARA peserta Unduk Ngadau Kaamatan Mukim Rosok merakam gambar sebelum pertanding­an.
(Gambar atas) PARA peserta Unduk Ngadau Kaamatan Mukim Rosok merakam gambar sebelum pertanding­an.
 ??  ?? EARLEVIA (tengah), Aliyya (kiri), Ewie (kanan) bersama finalis yang lain.
EARLEVIA (tengah), Aliyya (kiri), Ewie (kanan) bersama finalis yang lain.
 ??  ?? RATU Fesyen Kanak-Kanak dimenangi oleh Aira, tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Nur Amirah dan Aristawa.
RATU Fesyen Kanak-Kanak dimenangi oleh Aira, tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Nur Amirah dan Aristawa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia