Utusan Borneo (Sabah)

Peluang kedua untuk berubah menjadi baik

-

KUCHING: Penghuni yang menjalani tempoh tahanan di Sekolah Henry Puncak Borneo di Jalan Puncak Borneo dinasihati supaya mengambil sikap positif sebagai persiapan menghadapi cabaran masa depan.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Masyarakat Datuk Fatimah Abdullah berkata golongan ini berhak mendapat peluang kedua untuk berubah menjadi lebih baik.

“Setiap orang harus diberi peluang kedua khususnya penghuni Sekolah Henry Gurney.

“Ini sebagai menyahut saranan falsafah pendidikan negara yang menitikber­atkan aspek rohani, jasmani dan intelek,” katanya.

Fatimah berkata demikian dalam ucapannya ketika menghadiri sambutan Hari Gawai di Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo di Jalan Puncak Borneo, dekat sini, semalam.

Menjelaska­n perkara itu katanya, ketidaksei­mbangan penekanan aspek pend id ikan menyebabka­n anak mengalami masalah emosi.

Namun jika dijalankan secara s e imbang jelasnya, ia mampu membangunk­an potensi kanak-kanak ke tahap maksimum terutama dari segi aspek rohani, emosi, jasmani dan intelek.

Sementara itu bercakap mengenai pengwujuda­n sekolah tersebut di Sarawak, Fatimah berkata ia telah beroperasi secara rasmi pada April lalu.

“Sekolah ini diwartakan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) pada 1 Jun 2015 yang kini menempatka­n 16 penghuni,” katanya.

Menurutnya, sekolah itu mula menerima 13 penghuni yang dipindahka­n dari Sekolah Henry Gurney Keningau.

“Semua penghuni ini merupakan anak jati Sarawak yang dahulunya ditempatka­n di Keningau,” katanya.

Difahamkan, Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo dijangka menerima 37 penghuni lagi selepas perayaan Gawai, juga dipindahka­n dari sekolah sama di Keningau, Sabah.

Dalam pada itu, Fatimah turut mengadakan lawatan ke Penjara Wanita yang menempatka­n 23 banduan termasuk tahanan reman atas pelbagai kesalahan jenayah.

Hadir sama, Pengarah Penjara Negeri Sarawak Ajidin Salleh dan Pengarah Penjara Puncak Borneo Wallace Nawon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia