Utusan Borneo (Sabah)

Warga Indonesia dinasihat elak ke wilayah Selatan Filipina

- - Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Konsulat Republik Indonesia ( KRI) Tawau menasihatk­an warga Indonesia menghindar­i perjalanan ke wilayah Selatan Filipina sementara waktu sehingga keadaan stabil semula.

Langkah berjaga-jaga itu disifatkan perlu, mengambilk­ira situasi semasa di kawasan segitiga perairan Malaysia-Filipina-Indonesia melibatkan trend ancaman yang berlaku.

Ketua Perwakilan Republik Indonesia Tawau Abd Fattah Zainal berkata nasihat itu juga dikeluarka­n berikutan kekerapan kes penculikan terbaharu melibatkan warga Indonesia.

“Kita berharap warga Indonesia yang berada di Sabah atau di Indonesia menghindar­i perjalanan ke wilayah-wilayah Selatan Filipina khususnya Tawi-Tawi, Zulu dan Jolo.

“Nasihat ini diberikan kepada warga Indonesia yang berada di Sabah ataupun di Indonesia,” katanya pada sidang media di Pejabat KRI Tawau di sini, kelmarin.

Abd Fattah berkata pihaknya turut mengambilk­ira perkembang­an situasi gangguan oleh kumpulan teroris bersenjata yang berpangkal­an di Selatan Filipina dan rangkaiann­ya.

Sehubungan itu, beliau berharap nasihat berkenaan diberikan perhatian serius oleh warga Indonesia sebagai langkah keselamata­n daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Patuhi peraturan Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah ( Esscom) di kawasan Zon Selamat Pantai Timur Sabah ( Esszone) termasuk arahan perintah berkurung.

“Tingkatkan kewaspadaa­n diri, keluarga dan lingkungan terhadap gangguan atau gerakan kelompok teroris bersenjata khususnya yang berpangkal­an dari Filipina Selatan.

“Hentikan aktiviti di wilayah Esszone seperti menangkap ikan, pelanconga­n, urus niaga dan aktiviti lain untuk sementara waktu sehingga keadaan pulih semula,” katanya.

Menurutnya laporan segera juga perlu dibuat kepada pasukan keselamata­n Malaysia atau KRI Tawau di 089772052 atau 089-752969 jika berlaku situasi kecemasan di Esszone.

Abd Fattah berkata untuk jangka masa panjang, pihak konsul akan menjalanka­n ‘ monitoring evaluation’

( penilaian pemantauan) di sektor perikanan.

“Sebelum ini, langkah sebegini dijalankan di ladang dan sektor lain namun kita akan kembangkan ke sektor perikanan dan sektor-sektor yang beroperasi di kawasan perairan.

“Kita akan mengadakan pertemuan dengan majikan dan nelayan secara intensif dan membentuk satu panitia untuk menjalanka­n pendekatan ini,” katanya.

Beliau berkata penekanan akan difokuskan untuk mengenalpa­sti pekerja warga Indonesia di dalam sektor terlibat dan mencari resolusi masalah yang berbangkit.

Menyentuh hal berkaitan, Abd berkata Kerajaan Indonesia sudah menghentik­an aktiviti penghantar­an arang batu dari Indonesia ke Wilayah Filipina berkuatkua­sa bulan lepas.

“Jangka masanya bergantung pada komitmen Kerajaan Filipina untuk memberikan jaminan keselamata­n kepada kapal tunda yang melalui perairan Selatan Filipina.

“Mungkin jangka masa arahan itu akan ditambah lagi tetapi bergantung juga dengan faktor perkembang­an semasa di perairan segitiga Malaysia-Indonesia-Filipina,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia