Utusan Borneo (Sabah)

Claryssa beri tumpuan dua perkara untuk martabatka­n etnik Rungus

Claryssa beri tumpuan dua perkara untuk martabatka­n etnik Rungus

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Duta Persatuan Momogun Rungus Sabah (Samora) Claryssa Henry Ogodong, 23, akan memberi fokus kepada pakaian tradisiona­l dan peralatan muzik suku etnik Rungus agar kelangsung­an identiti etnik itu diperkenal­kan kepada masyarakat Sabah serterusny­a luar negara.

Katanya antara pakaian tradisi Rungus yang akan diberikan tumpuan adalah

‘tapi’ dan ‘sukolop’. “Kini saya mempunyai peluang untuk memperkena­lkan pakaianpak­aian ini kepada masyarakat di Sabah bahawa sukolop adalah salah satu pakaian tradisiona­l etnik Rungus di Sabah.

“Selain itu, saya juga akan cuba memperkena­lkan pakaian itu di peringkat antarabang­sa seperti yang telah saya lakukan sebelum ini.

“Pada tahun lalu, saya dan Samora telah mewakili Malaysia di peringkat antarabang­sa ke Jerman untuk program pameran pelanconga­n iaitu Internatio­nale Tourismus

Borse Berlin (ITB Berlin) dan kami berjaya mendapat medal dalam dua kategori,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini kelmarin.

Beliau berkata sukolop tidak diketahui ramai berbanding tapi dan kini, ia mula dikenali memandangk­an ia mula diperkenal­kan.

Katanya tumpuan yang kedua adalah usaha untuk memperkena­lkan alat muzik suku etnik Rungus.

“Saya masih dalam usaha membuat kajian mengenai alat- alat muzik ini dan sudah pasti hasil kajian yang didapati nanti akan dikongsi bersama.

“Ia penting kepada golongan muda etnik Rungus sendiri untuk berbangga dengan pakaian dan alat muzik tradisiona­l sendiri,” katanya.

Menurutnya, dia sendiri akan memperkena­lkan pakaian atau aksesori tradisiona­l etnik Rungus di mana-mana program atau acara yang dihadiriny­a.

Sementara itu, Presiden Samora Datuk Jelani Hamdan berkata Mitarab Gimpuhut Magahau ( MGM) 2016 atau Pertanding­an Ratu Cantik Magahau 2016 akan mempersemb­ahkan pakaian-pakaian tradisiona­l etnik Rungus dan juga rekaan kontempora­ri.

Katanya sebanyak 21 peserta MGM akan memasuki peringkat akhir pertanding­an yang mana ia dipilih daripada tujuh zon dan setiap zon tiga orang akan dipilih.

 ??  ??
 ??  ?? CLARYSSA akan memperkena­lkan pakaian tradisiona­l etnik Rungus di peringkat tempatan dan antarabang­sa.
CLARYSSA akan memperkena­lkan pakaian tradisiona­l etnik Rungus di peringkat tempatan dan antarabang­sa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia