Utusan Borneo (Sabah)

PENCULIK MINTA WANG TEBUSAN

Seorang daripada mangsa culik hubungi majikannya

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Konsulat Republik Indonesia ( KRI) Tawau mengesahka­n kumpulan penculik ada meminta wang tebusan daripada majikan namun tidak ada butiran lanjut didedahkan.

Difahamkan, majikan mangsa- mangsa culik itu dihubungi kurang 24 jam selepas insiden di perairan Felda Sahabat 16 Lahad Datu kira-kira jam 11.30 malam, 9 Julai lepas berlaku.

Ketua Perwakilan KRI Tawau Abd Fattah Zainal berkata pihaknya sudah menemui majikan mangsamang­sa culik terlibat dan mendapatka­n maklumat berkaitan.

“Salah seorang pekerjanya yang diculik memberitah­u majikan bahawa mereka diculik dan kumpulan penculik meminta wang tebusan, namun tidak ada jumlah dinyatakan.

“Nombor talian yang digunakan berdaftar di Filipina namun kita tidak dapat mengesahka­n jika kedudukan mereka sekarang benar- benar berada di Filipina,” katanya.

Abd Fattah berkata demikian semasa ditemui pemberita pada sidang media di Pejabat KRI Tawau di sini, kelmarin, dan turut ditemani Konsul Polri KRI Tawau Nafi Armand.

Nafi berkata Kerajaan Indonesia menyerahka­n kepercayaa­n kepada Kerajaan Malaysia khasnya PDRM untuk menjalanka­n siasatan dan berusaha menyelamat­kan mangsa terlibat.

“Tanggungja­wab Kerajaan Malaysia untuk menyelesai­kan kes ini kerana kejadian berlaku di perairan negara ini walaupun mangsa-mangsa yang terlibat adalah warga Indonesia.

“Kerajaan Indonesia juga tidak akan berdiam diri dan akan membantu segala yang terdaya untuk menangani masalah ini kerana rakyat kita yang diculik,” katanya.

Menurutnya, ketiga- tiga mangsa yang diculik iaitu Lorence Koten, 34, Teodorus Kopong, 42, dan Emanuel Arakian, 40, berasal dari Nusa Tenggara mempunyai pasport yang sah.

Beliau berkata ketigatiga mereka menunjukka­n pasport semasa didatangi oleh kumpulan penculik terbabit sementara empat lagi yang berada di kapal sama hanya berdiam diri.

“Rakyat Indonesia yang tidak diculik, Sahar, 27, serta tiga orang pelauh (Anukari, 20, Paketoh, 25, dan Almi, 30) pula tidak menunjukka­n dokumen mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau mengakui tidak mengetahui motif sebenar kumpulan penculik bersenjata terbabit menculik tiga rakyat Indonesia yang mempunyai dokumen.

Bagaimanap­un, Nafi berkata Kerajaan Indonesia melalui Kementeria­n Luar Indonesia dan Polri kini giat mendapatka­n maklumat termasuk dari pihak mereka di Filipina.

Utusan Borneo difahamkan, empat kru kapal ikan yang dibebaskan kumpulan penculik sebelum ini, kini berada di IPD Lahad Datu untuk siasatan lanjut PDRM.

Terdahulu, insiden itu berlaku semasa ketujuh-tujuh pekerja kapal ikan terbabit sedang menarik ikan di lokasi kejadian apabila didatangi sekumpulan lima penculik bersenjata.

 ??  ?? EMANUEL
EMANUEL
 ??  ?? LORENCE
LORENCE
 ??  ?? TEODORUS
TEODORUS
 ??  ?? FATTAH dan Nafi menunjukka­n kepada media gambar tiga mangsa yang diculik.
FATTAH dan Nafi menunjukka­n kepada media gambar tiga mangsa yang diculik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia