Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki kena 16 bulan akibat ceroboh masuk rumah orang

Akibat ceroboh masuk rumah orang

-

KOTA KINABALU: Akibat menceroboh masuk ke dalam sebuah rumah yang digunakan tempat menyimpan alat- alat elektrik, seorang lelaki tempatan dijatuhkan hukuman penjara 16 bulan, di Mahkamah Majistret, di sini kelmarin.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menjatuhka­n hukuman itu ke atas Magriti Jukin, 33, yang mengaku bersalah memasuki rumah seorang lelaki di Taman Tai Tet, di sini pada 6 Julai lalu, jam 10.40 pagi.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM5,000, atau keduaduany­a sekali.

Pendakwaan kes dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Lim Siew Beng.

Di Mahkamah Sesyen, seorang lelaki warga Indonesia dijatuhkan hukuman penjara enam bulan atas kesalahan tinggal di negara ini melebihi tempoh.

Hakim Azreena Aziz menjatuhka­n hukuman itu ke atas Kanisius Longginus Nggala, 51, selepas tertuduh mengaku bersalah tinggal di negara ini melebihi tempoh yang dibenarkan.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda RM10,000, jika sabit kesalahan.

Dengan itu, mahkamah menjatuhka­n hukuman penjara enam bulan ke atas tertuduh dan diperintah­kan agar dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas tamat menjalani hukuman.

Dalam kes berasingan, 18 lelaki serta dua wanita warga asing dijatuhkan hukuman penjara empat dan lima bulan serta ada dikenakan sebatan.

Hakim menjatuhka­n hukuman berkenaan ke atas kesemua tertuduh yang berusia antara 20 hingga 65 tahun selepas kesemuanya mengaku bersalah memasuki negara ini tanpa pas yang sah.

Untuk itu, kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntu­kkan hukuman denda RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua- duanya sekali dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Kesemua tertuduh diarah supaya dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman.

Kedua-dua kes dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa ASP Sabrina Jinius.

 ?? Oleh SURAIDAH ROSLAN ??
Oleh SURAIDAH ROSLAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia