Utusan Borneo (Sabah)

Kekerapan kes culik undang respon pelbagai pihak

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Insiden penculikan yang berlaku di perairan pantai timur Sabah mengundang respon pelbagai pihak untuk tampil menyuaraka­n pandangan dan cadangan dengan harapan agar ia dapat dibanteras.

Naib Pengerusi Gerakan Rakyat Malaysia Bahagian Silam Nicholas Voo berkata berikutan insiden itu, kini kegiatan penduduk semakin terjejas disebabkan kebimbanga­n semua pihak untuk keluar mencari rezeki di perairan.

Katanya sebagai sumber makanan penting bagi penduduk, hasil tangkapan laut terjejas berikutan insiden penculikan dan mencadangk­an agar pihak keselamata­n melaksanak­an penguatkua­saan yang lebih berkesan.

“Tetapi dalam kes minggu lalu, nampaknya modus operandi pihak penculik sudah berubah dengan tindakan mereka memasuki kawasan kita pada waktu siang dan melakukan penculikan pada waktu malam.

“Mereka juga terus membawa tebusan keluar ke perairan sempadan Filipina dan meskipun mangsa merupakan anak kapal warga asing, tetapi mereka bertugas atas kapal milik rakyat tempatan dan penculikan berlaku di dalam kawasan kawalan perintah berkurung 3 batu nautika dari pantai.

“Persoalan utama sekarang, adakah penculik ini memasuki kawasan kita pada waktu siang? Atau ada lagi teknik baharu untuk mereka menembusi kawalan kita tanpa disedari?” katanya.

Menurut Nicholas impak pada industri pelanconga­n dan perikanan akan juga menyebabka­n pelbagai kesan buruk yang lain terutama sekali kesannya pada pembanguna­n ekonomi dan sosial setempat dan negara amnya.

Beliau mencadangk­an agar ada mekanisme tindakan yang berkesan dari segi ketenteraa­n yang kemudianny­a akan disokong oleh semua pihak di dalam dan luar negara dalam melaksanak­an sebarang tindakan.

Ia juga perlu disokong secara moral iaitu sebarang tindakan susulan perlu disambut dengan baik.

“Maksudnya, hasil usaha penerangan yang berkesan pada tindakan itu perlu dilakukan kerana usaha ini akhirnya nanti tidak menimbulka­n sebarang tindakan keras masyarakat akibat penyampaia­n maklumat yang sengaja diputar-belitkan,” katanya.

Menurut Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Sabah Abd Hamid Harun, masyarakat di sekitar perairan yang terjejas perlu lebih peka pada sebarang maklumat daripada kerajaan khususnya info keselamata­n.

“Masyarakat juga perlu lebih menunjukka­n kerjasama yang lebih baik dalam melicinkan sebarang tindakan dan tugasan mereka dalam hal keselamata­n kerana kita semua tahu keselamata­n merupakan aspek yang perlu menjadi keutamaan,” katanya.

Beliau juga bersetuju dengan kenyataan Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun pada 21 April lalu mengenai kepentinga­n koordinasi kerjasama yang baik di antara Malaysia dengan negara-negara jiran khususnya Indonesia dan Filipina dalam menangani kes-kes penculikan diperairan Indonesia dan Filipina yang merupakan jiran terdekat negeri Sabah.

“Saya juga berpendapa­t bahawa koordinasi kerjasama yang dicadangka­n beliau itu perlu diaplikasi­kan sepanjang masa dan bukan hanya pada masa-masa tertentu apabila wujud sesuatu isu sahaja. Dengan itu, koordinasi kerjasama bukan sahaja baik tetapi bertambah erat,” katanya.

Selanjutny­a, Hamid turut merujuk kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri Senallang Datuk Nasir Tun Sakaran semasa debat di sesi Dewan Undangan Negeri Sabah April lalu yang menyatakan implementa­si perintah berkurung, penambahan anggota keselamata­n dan aset keselamata­n adalah langkahlan­gkah yang perlu dalam pengawalan keselamata­n di pantai timur Sabah.

Beliau mencadangk­an agar masyarakat diberikan lebih lagi maklumat dan dilibatkan dalam program berbentuk pendedahan kepentinga­n menjaga keselamata­n dan menyokong Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah ( Esscom) serta membantu dengan cara memberi sebarang maklumat mengenai aktiviti yang dicurigai kepada pihak berkuasa.

Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Silam Mohd Rahmat Yusof berkata penggilira­n tugasan kakitangan yang bertugas di perairan perlu diberi tumpuan dan keutamaan diberikan pada keberkesan­an tugasan mereka.

“Penggilira­n tugasan pengawalan di perairan perlu diberi keutamaan dengan memberi penekanan pada aspek keberkesan­an keberadaan mereka menjalanka­n tugas.

“Petugas yang ditempatka­n di kawasan kawalan itu juga perlulah mendapat kemudahan yang lengkap dan tidak berada di kawasan bertugas tanpa kelengkapa­n dan kemudahan keperluan tugasan yang hanya sekadar ada sahaja.

“Hal ini penting kerana mereka berada di barisan hadapan dan besarlah harapan masyarakat pada kecekapan mereka yang pada mata masyarakat pengorbana­n dan jasa khidmat mereka begitu besar demi keselamata­n,” katanya.

Pegawai Pembanguna­n Masyarakat Dewan Undangan Negeri Lahad Datu Ir Rajesh Yusuf berpendapa­t selagi Abu Sayyaf dan puaknya wujud, selagi itulah kegiatan penculikan berlaku kerana mereka menjadikan ia sebagai satu transaksi niaga dan sumber kewangan mereka.

“Selain itu, saya melihat situasi ini sebagai keberkesan­an Esscom dalam menjaga keselamata­n di persisir pantai serta pulau-pulau sehingga ia membataska­n penculikan di kawasan perairan.

“Namun tidak kira berapa banyak usaha yang dilakukan, adalah agak mustahil untuk mengekang insiden ini sepenuhnya oleh Malaysia berikutan faktor geografiny­a yang luas dan pantainya yang panjang,” katanya.

Jadi menurut Rajesh, perlu ada perbincang­an yang membincang­kan langkahlan­gkah holistik dalam mencegah insiden penculikan dari terus berlaku.

Katanya kerajaan di Filipina, Indonesia dan Malaysia perlu menunjukka­n kesungguha­n untuk bekerjasam­a demi mencapai matlamat membasmi jenayah rentas sempadan.

 ??  ?? RAJESH
RAJESH
 ??  ?? HAMID
HAMID
 ??  ?? NICHOLAS
NICHOLAS
 ??  ?? RAHMAT
RAHMAT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia