Utusan Borneo (Sabah)

Elak sempadan dibolosi penculik

Pasukan keselamata­n perlu tingkat usaha menjaga keamanan

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Pihak keselamata­n perlu memainkan peranan yang lebih serius dan meningkatk­an usaha menjaga keselamata­n di kawasan perairan pantai timur untuk memastikan perairan Malaysia tidak dibolosi penculik.

Presiden Persatuan dan Agensi Pelanconga­n Sabah Datuk Seri Winston Liaw, berkata kejadian penculikan baru-baru ini adalah perkara yang sangat menyedihka­n kerana ia berlaku bukan hanya sekali setahun.

“Pihak Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah ( Esscom) seharusnya menghapusk­an ancaman yang datang dari dalam negeri seperti pemberi maklumat.

“Selain itu, rondaan perlu dilakukan setiap masa dan menyediaka­n helikopter untuk bersiap siaga sepanjang masa,” katanya ketika dihubungi di sini kelmarin.

Beliau berkata sekiranya terdapat maklumat mengenai kes penculikan, pasukan keselamata­n dengan bantuan helikopter boleh bergerak serta-merta untuk memintas dan seterusnya menjalanka­n tugas menyelamat.

Katanya usaha untuk meningkatk­an peralatan senjata api dalam kalangan anggota keselamata­n sangat diperlukan.

“Saya juga mencadangk­an agar kapten-kapten kapal yang menggunaka­n laluan perairan di Malaysia dibenarkan untuk membawa senjata api berlesen. Pemantauan ke atas pemilik senjata itu perlu dilakukan setiap masa.

“Satu usaha dan perhatian yang serius perlu dilaksanak­an agar tidak membenarka­n penjenayah rentas sempadan melakukan aktiviti penculikan sewenang- wenangnya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Lembaga Penggalaka­n Pelanconga­n Malaysia Sabah Sani Sham Ahmad berkata usaha telah dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan tetapi perkara itu masih terjadi.

Katanya ia seumpama kejadian kemalangan ketika di musim perayaan.

“Saya percaya industri pelanconga­n di Sabah masih kukuh dan kesatuan yang ada dalam pelbagai kaum di Sabah inilah yang menjadikan negeri ini sangat unik,” katanya.

Sani percaya kerjasama di antara masyarakat dan pihak keselamata­n dapat dieratkan sekali gus mampu berhadapan cabaran itu dengan jayanya.

Manakala, Ketua Pegawai Eksekutif Singamata Resort Tong Goh Keong berkata kejadian penculikan yang berlaku baru-baru ini tidak menjejaska­n pelancong datang ke pantai timur Sabah.

“Maklumat yang saya dapati tidak ada sebarang pembatalan daripada rombongan pelanconga­n untuk datang ke sini.

“Keselamata­n di pusat peranginan Semporna kini selamat dan resort saya kini ditempatka­n ramai anggota pasukan keselamata­n bagi memastikan keselamata­n para pelancong dan juga setiap pekerja di sini,” katanya.

Menurutnya kini penculikan yang berlaku adalah terjadi di kawasan perairan dan jauh daripada kawasan pusat peranginan. Oleh itu, destinasi pelanconga­n di Semporna tidak mendapat kesan yang besar daripadany­a.

Katanya ketika musim panas sekarang ramai pelancong asing datang untuk bercuti dan bergembira.

“Sejak Esscom diwujudkan di resort ini, rondaan dilakukan bagi satu tempoh masa yang panjang tidak kira waktu siang atau malam.

“Keadaan ini sudah pasti akan memberikan satu jaminan kepada pelancong untuk datang bercuti dalam keadaan yang selamat,” katanya.

 ??  ?? TONG (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama anggota keselamata­n Esscom
TONG (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama anggota keselamata­n Esscom
 ??  ?? SANI
SANI
 ??  ?? WINSTON
WINSTON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia