Utusan Borneo (Sabah)

Kenal pasti kelemahan tingkat langkah keselamata­n

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Pihak keselamata­n diminta mengkaji semula dengan lebih mendalam serta mengenalpa­sti kelemahan bagi memperkuat dan memperting­katkan langkah keselamata­n untuk memastikan keselamata­n rakyat Sabah lebih terjamin.

Kapitan Cina Kawasan Elopura Leong Tshun Kian berkata perkara itu perlu diambil perhatian yang lebih serius ekoran kejadian penculikan yang berlaku lagi baru-baru ini.

Dalam pada itu katanya, masyarakat juga diminta terus memberi sokongan kepada pasukan keselamata­n dalam menjaga keamanan negeri ini.

“Sekarang bukan masanya untuk kita menuding jari kepada mana- mana pihak tetapi kita seharusnya bersama- sama memberi kerjasama kepada pasukan keselamata­n dalam usaha menanganik­es-kespenculi­kan ini,” katanya.

Beliau berkata masyarakat di sini mahu semua pihak mengambil serius soal keselamata­n perairan negara yang sering dibolosi jenayah rentas sempadan dan penculikan.

“Kita juga mahu pihak kerajaan meningkatk­an kesiapsiag­aan logistik pasukan keselamata­n yang bertugas di pantai timur Sabah.

“Pada masa sama, kita juga mahu pasukan keselamata­n berjaga-jaga dan meningkatk­an kawalan di perairan di timur negeri ini agar insiden penculikan tidak berulang,” katanya.

Katanya pembunuhan tebusan juga amat dikutuk di mana ia menunjukka­n kumpulan militan dari Selatan Filipina yang melakukan penculikan adalah kumpulan yang tidak berperikem­anusiaan.

Tegasnya tindakan kumpulan penculik membunuh mangsa culik tidak boleh diterima dan harus dipandang serius oleh kerajaan dan pasukan keselamata­n.

“Sebagai penduduk di daerah ini, kita harus memberi kerjasama yang baik dalam menangani isu kes penculikan dan penceroboh­an di negeri ini,” katanya.

 ??  ?? LEONG
LEONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia