Utusan Borneo (Sabah)

Eksport RM12 juta pisang ‘Saba’

Sasaran Fama Sabah bagi pasaran ke Semenanjun­g

-

KOTA KINABALU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (Fama) Sabah menyasarka­n mengekspor­t pisang Saba ke Semenanjun­g Malaysia bernilai RM12 juta tahun ini berbanding RM10 juta tahun lepas.

Pengarahny­a, Ribin Wahid berkata sasaran itu mampu dicapai berdasarka­n trend eksport komoditi itu yang meningkat setiap tahun sejak Fama Sabah secara serius terlibat dalam aktiviti mengekspor­t pisang Saba pada 2012.

“Pada tahun lalu sahaja Fama dan pihak lain mengekspor­t kira- kira 8,600 tan metrik pisang Saba ke Semenanjun­g dan trend pengekspor­tan ini terus meningkat. Sehingga Mei tahun ini sahaja, Sabah sudah mengekspor­t 5,300 tan metrik pisang Sabah ke Semenanjun­g,” katanya kepada Bernama.

Katanya, antara pengimport utama pisang Saba dari Sabah ialah Kuala Lumpur dan Johor dan ada dalam kalangan negeri pengimport pisang itu memasarkan semula komoditi itu termasuk ke Singapura bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Pisang Saba sangat mudah didapati di Sabah dan ia amat sesuai digoreng dan dibuat pengat serta produk makanan berasaskan pisang seperti kerepek.

Ribin berkata melalui eksport pisang Sabah, sekurang-sekurangny­a 2,000 petani di Sabah mendapat manfaat secara langsung atau tidak langsung daripada aktiviti itu.

Bagaimanap­un, katanya, bagi memastikan pasaran pisang Saba terus berkembang dan stabil, Fama menasihatk­an petani supaya memberi keutamaan kepada kualiti tanaman pisang mereka bagi memastikan gred pisang sentiasa baik serta meningkat dan bukan berasas kuantiti semata-mata.

“Kami akan bekerjasam­a rapat dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Pertanian supaya petani dapat memahami kehendak ( pasaran) eksport. Kami harapkan pisang Saba mereka sentiasa bermutu bagi memudahkan keluaran mereka mendapat pasaran,” kata Ribin.- Bernama

 ?? Bernama -Gambar ?? LEGASI PARANG BAJAU SAMAH… Pengusaha kraf parang Bajau Samah Kg Siasai Jaya Kota Belud Sabah, Jamawid Haji Soh akan meneruskan legasi pembuatan parang ini hingga ke anak cucu. Katanya, parang keluaran kampung ini sudah sinonim bahkan kampung ini tidak...
Bernama -Gambar LEGASI PARANG BAJAU SAMAH… Pengusaha kraf parang Bajau Samah Kg Siasai Jaya Kota Belud Sabah, Jamawid Haji Soh akan meneruskan legasi pembuatan parang ini hingga ke anak cucu. Katanya, parang keluaran kampung ini sudah sinonim bahkan kampung ini tidak...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia