Utusan Borneo (Sabah)

Edar dadah: Dua lelaki, seorang wanita mengaku tidak bersalah

-

KOTA KINABALU: Dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing mengaku tidak bersalah atas kesalahan mengedar dadah di Mahkamah Majistret, di sini kelmarin.

Barman Habtahil, 39, Panel Asing, 37, dan Jumharia Maai, 47, mengaku tidak bersalah atas kesalahan mengedar dadah jenis syabu seberat 150 gram di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie.

Ketiga- tiga tertuduh didapati melakukan kesalahan itu ketika diperiksa anggota polis pada 28 Jun lalu, jam 6.35 petang di tempat letak kereta berhampira­n Tugu Peringatan Petagas.

Atas kesalahan itu, ketigatiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntu­kkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Dengan itu, mahkamah menetapkan 6 September ini sebagai sebutan semula kes berkenaan.

Kes berkenaan dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Lim Siew Beng.

Dalam kes berasingan, mahkamah menetapkan 16 Ogos ini sebagai sebutan semula kes membabitka­n dua lelaki tempatan yang didakwa mengedar dadah, sementara menunggu laporan kimia siap.

Majistret menetapkan tarikh itu bagi kes membabitka­n Lim Cheng Yung, 21, yang diwakili peguam Ram Singh serta kes melibatkan Ho Yee Onn, 34, yang tidak diwakili peguam.

Lim didakwa mengedar dadah jenis syabu seberat 1, 021 gram pada jam 2.50 petang, 19 Mei lalu di Balai Ketibaan Terminal dua, Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu.

Sementara Ho didakwa mengedar dadah seberat 6, 239 gram pada 21 Mei lalu, jam 3.40 petang di tempat yang sama.

Kedua-dua tertuduh yang mengaku tidak bersalah atas kesalahan itu yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B ( 1)( a) Akta Dadah Berbahaya 1952, memperuntu­kkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa Janet S. Lingu daripada Jabatan Kastam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia