Utusan Borneo (Sabah)

Cederakan isteri, pemandu van mayat didenda RM1,400

-

KUALA LUMPUR: Bahana akibat menampar muka dan menendang perut isterinya, seorang pemandu van mayat didenda RM1,400 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini kelmarin.

Majistret Mohd Faizal Ismail menjatuhka­n hukuman itu terhadap A. Logan, 29, selepas dia mengaku bersalah dengan sengaja mendatangk­an kecederaan kepada Y. Hemalatha, 26, seorang suri rumah di tepi Jalan Jelawat, Flat Seri Johor, Cheras, di sini pada 10 malam, 10 Julai lepas.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda RM4,000 atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, tertuduh telah datang ke rumah ibu bapa mangsa di Cheras, memintanya pulang ke rumah sewa mereka di Puchong dan semasa mereka tiba di Jalan Jelawat, tertuduh telah meminta isterinya keluar dari kereta dan bertindak menampar muka, menarik rambut, menendang perut, menumbuk muka dan menolak wanita itu sehingga jatuh.

Dalam rayuannya, A. Logan yang diwakili peguam M.Edmund merayu hukuman ringan dengan alasan itu merupakan perselisih­an faham antara suami isteri dan tertuduh merupakan penanggung utama keluargany­a.

Pegawai Pendakwa Zuraimi Kamarozzam­an memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh kerana sebagai suami, dia sepatutnya lebih bertanggun­gjawab.

Di mahkamah berasingan, seorang pemandu lori dihukum penjara sehari dan didenda RM800 atau sebulan penjara selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mencuri sekeping video cakera padat Blu-ray.

Majistret Husna Dzulkifly menjatuhka­n hukuman itu ke atas Chea Kah Keong, 43, dan memerintah­kan lelaki itu menjalani hukuman penjara itu kelmarin.

Chea didakwa mencuri sekeping video cakera padat Blu- ray bernilai RM89.90 milik Syarikat Buku Popular di Pesta Buku Popular, KLCC Convention Centre, Jalan Pinang di sini pada 2.05 petang, 10 Julai lalu.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia