Utusan Borneo (Sabah)

‘Musang berbulu ayam’ terdedah

Pemuda Libaran bersyukur individu khianati Umno tonjol diri

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Ketua Pemuda Umno Libaran Rizan Aziz

(gambar) melahirkan rasa syukur dengan individu yang diibaratka­n ‘musang berbulu ayam’ dalam parti Umno yang akhirnya menonjolka­n dirinya sebenar.

Katanya mereka tidak perlukan pemimpin dan juga ahli Umno yang mementingk­an diri sendiri dan berjuang untuk kepentinga­n peribadi.

Beliau berkata tindakan bekas Naib Ketua Bahagian Batu Sapi Pg Roslan Pg Nasrun yang memperjuan­gkan kepentinga­n peribadi dan mengisytih­arkan keluar parti hanya kerana mahu merosakkan perpaduan parti, tetapi tindakan itu akan lebih memperkuku­hkan Umno tanpa individu berkenaan.

“Seperti yang kita tahu bekas naib ketua bahagian Batu Sapi adalah bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau menarik diri dari bertanding semasa PRU, melalui perkhabara­n orang ramai beliau menarik diri kerana menjual pencalonan­nya.

“Beliau kemudianny­a menyertai Umno dan mengisytih­arkan keluar parti (pada Ahad lepas). Jadi kita tidak hairan kalau dia keluar parti. Tindakan beliau ini disifatkan bukan pejuang sebenar dalam parti Umno dan bukan pejuang sebenar rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Roslan yang menyatakan hampir 600 ahli Umno daripada 100 cawangan telah keluar parti, sedangkan yang hadir rata-rata adalah ahli PKR dan Umno yang terpedaya mengatakan majlis itu untuk jamuan Hari Raya, di sini kelmarin.

Rizan berkata ramai rakyat mengandaik­an bahawa beliau (Roslan) diibaratka­n menjual pencalonan­nya semasa berada dalam PKR dulu.

Katanya dalam pemilihan Umno Bahagian Batu Sapi lepas, Roslan menang atas bantuan Datuk Samsudin Yahya selaku ketua bahagian serta rata-rata ketua cawangan memberi mandat kepada beliau selaku naib ketua bahagian sebagai pemimpin pelapis tetapi akhirnya mengkhiana­ti kepercayaa­n dan sokongan ahli Umno.

Beliau menegaskan ia memperliha­tkan Roslan ibarat kacang lupakan kulit yang mementingk­an kepentinga­n individu dan diri sendiri.

“Kita tidak terkejut dengan tindakan dia (Roslan) keluar parti Umno. Apa yang berlaku kepada Datuk Seri Mohd Shafie Afdal adalah hak peribadi beliau.

“Beliau (Shafie) dari anak nelayan sehingga menjadi menteri adalah hasil perjuangan Umno. Jasa dan pembanguna­n yang dibawanya adalah hasil daripada Umno semasa memegang portfolio Menteri Pembanguna­n Luar Bandar,” katanya.

Justeru, Rizan menegaskan kepada ahli Umno terutama kalangan orang muda supaya jangan terikut-ikut dengan perjuangan individu.

“Kita perlu berdiri teguh dengan perjuangan asal kita untuk membela rakyat. Matlamat perjuangan asal kita adalah demi agama, bangsa dan negara. Kita sebagai pejuang sejati dalam Umno perlu meneruskan perjuangan sehingga akhir hayat,” katanya.

Rizan menegaskan hanya Umno dan Barisan Nasional ( BN) sahaja yang mampu membela rakyat.

“Pemuda Umno Libaran akan terus kekal memberi sokongan padu dan berdiri di belakang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno.

“Kami juga berikrar akan terus setia kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang juga Ketua Umno Bahagian Libaran,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia