Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 200 bekas pelajar hadir

Alumni82 SMK Balung adakan majlis pertemuan semula

-

TAWAU: Bekas pelajar SMK Balung lahir pada tahun 1982 telah mengadakan majlis `reunion’ yang julung kali diadakan semenjak meninggalk­an sekolah berkenaan.

Majlis itu telah diadakan di dewan serbaguna sekolah berkenaan pada Ahad lalu dan dihadiri lebih 200 bekas pelajar sekolah itu bersama keluarga mereka.

Turut hadir pada majlis itu, Pengetua Cemerlang SMK Balung Matnoor Hj Sima, Cikgu Ismail Mawi serta beberapa guru lain bagi memeriahka­n lagi majlis. Majlis adalah inisiatif AJK dan ahli Balung Alumni82 yang telah ditubuhkan oleh bekas pelajar sekolah berkenaan.

Pengerusi Balung Alumni82 Rahiman Rostam berkata majlis itu sudah lama dirancang untuk mengumpul semula bekas pelajar yang suda lama tidak bersua muka semenjak menamatkan persekolah­an di situ.

Katanya Hari Raya adalah masa yang tepat untuk mengadakan majlis berkenaan.

Pada mulanya, majlis hanya sebagai cadangan kosong sahaja yang sering berlegar di aplikasi WhatsApp dan Facebook, akan tetapi sambutan dan galakan daripada ahli yang begitu kuat menjadi pemangkin cadangan itu untuk direalisas­ikan.

“Saya sangat bersyukur kerana AJK dan ahli Alumni82 dapat memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis ini. Tanpa sokongan dan kerja keras semua, majlis ini hanya sebagai angan-angan kosong sahaja.

“Saya juga sangat berterima kasih kepada pihak sekolah kerana memberikan kelulusan untuk menggunaka­n dewan sekolah serta dapat hadir pada majlis ini dan seterusnya penajapena­ja yang sudi menyumbang hadiah cabutan bertuah,” katanya.

Sementara itu, Matnoor berkata majlis itu sangat bererti buat sekolah berkenaan kerana bekas pelajar tidak melupakan sekolah setelah meninggalk­an sekolah.

Beliau juga sangat bangga kerana rata-rata yang hadir pada majlis itu telah keluar menjadi golongan yang berkerjaya dan dapat berbakti pada negara. Beliau juga menegaskan SMK Balung salah satu sekolah yang semakin dikenali dan disegani dari dulu hingga ke hari ini.

“Selain pelajar keluaran SMK Balung ini telah berjaya menjadi seorang yang terpelajar sehingga kini, SMK Balung juga disegani oleh sekolah lain sama ada daripada sudut akademik mahupun sukan,” katanya.

Bekas pelajar yang ditemui rata-rata mengucapka­n rasa syukur kerana majlis berjaya dilaksanak­an dengan jayanya serta mencapai objektifny­a untuk berkumpul dan mengeratka­n lagi silaturrah­im kalangan bekas pelajar.

Mereka berharap majlis yang merupakan permulaan yang baik itu membuka ruang di masa akan datang untuk diadakan dengan lebih meriah lagi.

Majlis diserikan dengan aktiviti bertukar-tukar hadiah kalangan bekas pelajar, cabutan bertuah, deklamasi sajak dan nyanyian lagu- lagu Hari Raya.

 ??  ?? SEMUA bekas pelajar mengabadik­an gambar kenangan.
SEMUA bekas pelajar mengabadik­an gambar kenangan.
 ??  ?? MATNOOR menyampaik­an hadiah cabutan bertuah.
MATNOOR menyampaik­an hadiah cabutan bertuah.
 ??  ?? MEMOTONG kek sebagai gimik perasmian majlis itu.
MEMOTONG kek sebagai gimik perasmian majlis itu.
 ??  ?? TETAMU yang hadir menjamu selera.
TETAMU yang hadir menjamu selera.
 ??  ?? AKTIVITI bertukar-tukar hadiah.
AKTIVITI bertukar-tukar hadiah.
 ??  ?? BASOH menerima hadiah lelaki paling kemas pada majlis itu.
BASOH menerima hadiah lelaki paling kemas pada majlis itu.
 ??  ?? RAHIMAN menyampaik­an cendera kenangan kepada pengetua.
RAHIMAN menyampaik­an cendera kenangan kepada pengetua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia