Utusan Borneo (Sabah)

Harga ayam kembali menurun di Kelantan: KPDNKK

-

KOTA BAHARU: Harga ayam kembali menurun di Kelantan pada RM9 sekilogram berbanding RM25 seekor selepas pemantauan berterusan dibuat Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an ( KPDNKK) Kelantan.

Ketua Seksyen Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan KPDNKK Kelantan, Shamsuri Hamzah berkata ia berikutan pemantauan yang dilakukan oleh agensi berkenaan selepas menerima aduan pengguna sejak Khamis lepas.

“KPDNKK akan sentiasa memantau peniaga ayam di pasarpasar basah di negeri ini bagi memastikan tiada peniaga yang cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlebihan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan operasi memantau harga ayam di beberapa pasar basah di jajahan ini di sini, kelmarin.

Mengulas lanjut, Shamsuri berkata sepanjang musim perayaan lepas sebanyak 46 kes pencatutan dicatatkan dengan nilai rampasan berjumlah RM10,440 serta kompaun sebanyak lebih RM11,000.

Beliau berkata selain itu, 24 notis tunjuk sebab kepada peniaga turut dikeluarka­n selepas tamatnya Skim Kawalan Musim Perayaan pada 7 Julai lalu.

“Kita keluarkan 18 notis kepada peruncit manakalan enam notis kepada pemborong dan sekiranya mereka gagal menjawab notis dalam tempoh tujuh hari selepas ia dikeluarka­n, mereka akan didakwa di mahkamah dan dikenakan hukuman,” katanya.

Ditanya mengenai harga ayam yang melambung akibat wabak bronkitis berjangkit (IB), Shamsuri berkata ia adalah tidak benar kerana hasil pemantauan mendapati barangan basah itu masih banyak terdapat di pasaran.

“Sebenarnya jika ikut persediaan sebelum ini bekalan ayam tiada masalah, cuma apa yang dibimbangk­an ialah peniaga cuba menaikkan harga untuk mendapatka­n keuntungan berlebihan.

“Setakat ini wabak IB tidak terlibat di Kelantan walaupun dihebahkan oleh pihak tertentu,” katanya. -Bernama

 ??  ?? PEGAWAI Penguatkua­sa KPDNKK Kelantan memeriksa alat timbang sukat dan tanda harga dalam operasi meninjau harga ayam di Pasar Besar Siti Khadijah kelmarin. -Gambar Bernama
PEGAWAI Penguatkua­sa KPDNKK Kelantan memeriksa alat timbang sukat dan tanda harga dalam operasi meninjau harga ayam di Pasar Besar Siti Khadijah kelmarin. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia