Utusan Borneo (Sabah)

Cuaca panas jejas pengeluara­n ayam, bukan penyakit: NAFAS

-

PONTIAN: Cuaca panas sejak beberapa bulan lepas menyebabka­n tempoh matang ayam lebih lama, sekali gus menjejaska­n pengeluara­n ayam di seluruh negara.

Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan ( NAFAS) Datuk Seri Saipolbaha­ri Suib berkata tempoh matang bagi seekor ayam seberat 1.8 kilogram (kg) sebelum ini adalah antara 32 dan 34 hari.

Namun disebabkan cuaca panas yang berpanjang­an sebelum ini, seekor ayam hanya mampu mencecah berat 1.2kg dalam masa 32 hari dan penternak terpaksa menambah 10 hari lagi bagi mendapatka­n berat ayam yang sesuai untuk dipasarkan.

“Pengeluara­n ayam melibatkan peladang kita berjalan seperti biasa. Tiada laporan mengenai ‘Newcastle Disease’ atau wabak bronkitis berjangkit ( IB) atau sakit kerongkong.

“Cuma, pengeluara­n sedikit terjejas kerana tempoh matang ayam terpaksa dipanjangk­an dan kita terpaksa menanggung penambahan kos sebanyak 30 peratus,” katanya ketika mengulas sama ada pengeluara­n ayam terjejas disebabkan dakwaan penularan wabak IB baru-baru ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan ( PPK) Benut dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri di sini kelmarin.

Saipolbaha­ri yang juga Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) berkata penternak di bawah PPNJ, mengeluark­an sebanyak 15,000 ayam sehari manakala di bawah NAFAS pula, sebanyak 35,000 ayam.

Mengulas mengenai penyakit kuku dan mulut pada ternakan, beliau berkata setakat ini tiada ternakan di bawah NAFAS dan PPNJ dikesan dijangkiti penyakit tersebut.

Bagaimanap­un, beliau menasihatk­an agar pengusaha ternakan mengetatka­n kawalan kesihatan terhadap ternakan mereka termasuk keluar masuk pengunjung bagi memastikan penyakit atau wabak itu tidak menular sekiranya berlaku. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia