Utusan Borneo (Sabah)

Usaha bersepadu perlu dilaksana

Kawalan keselamata­n ditingkatk­an elak kes penculikan berulang

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Orang ramai mahu kawalan keselamata­n di kawasan perairan pantai timur Sabah diperketat­kan lagi berikutan kes terbaru penculikan yang berlaku pada Ahad lepas, bagi mengelak kes sedemikian berterusan.

Orang ramai yang ditemui Utusan Borneo memberikan pelbagai reaksi dan ratarata meletakkan harapan tinggi kepada pasukan keselamata­n.

Pelajar, Brandon Douglas Julius, 21, berkata untuk memperting­katkan kawalan keselamata­n di perairan negeri ini adalah lebih baik jika pihak berkuasa dapat menambah keanggotaa­n dan penyertaan dari kalangan masyarakat tempatan.

“Pihak berkuasa haruslah merekrut penduduk tempatan yang tinggal di kawasan perairan Sabah kerana mereka lebih arif dan tahu selok-belok kawasan mereka.

“Mereka juga boleh memberi maklumat risikan kepada pihak berkuasa untuk membantera­s sebarang aktiviti meragukan termasuk penculikan di kawasan perairan Sabah.

“Ini kerana kawalan keselamata­n di Sabah secara keseluruha­nnya tidak dapat dilakukan dengan cara mudah kerana perairan Sabah sangat luas,” katanya.

Brandon yang belajar jurusan Politik dan Pemerintah­an di sebuah institut pengajian tinggi awam ( IPTA) berkata, keluasan perairan Sabah menyebabka­n agak sukar untuk memastikan kawalan keselamata­n sepanjang masa.

Selain meningkatk­an kawalan keselamata­n, beliau berpendapa­t sebarang tuntutan oleh penculik seperti wang tebusan tidak harus dilayan kerana ia merupakan satu ancaman kepada keselamata­n negara keseluruha­nnya.

“Sekiranya pihak berkuasa menuruti tuntutan penculik, maka aktiviti penculikan di kawasan perairan Sabah akan berleluasa dan sekiranya pihak berkuasa menurut kemahuan penculik, maka penculik akan memandang rendah dan enteng terhadap pasukan keselamata­n Malaysia.

“Maka itu, pihak berkuasa haruslah melihat tuntutan penculik itu sebagai bersifat ancaman kepada keselamata­n negara.

“Selain itu, kapal peronda di kawasan perairan haruslah diperbanya­kkan terutama sekali di kawasan sasaran aktiviti penculikan,” katanya.

Katanya kerjasama antara penduduk tempatan dan pihak berkuasa adalah penting kerana aktiviti penculikan melibatkan keselamata­n orang awam serta nama baik negeri Sabah.

Sementara itu, Fabian Philip, 32, berpendapa­t kes penculikan yang kerap menunjukka­n kawalan keselamata­n negara perlu dipertingk­atkan lagi bagi mengelak ia terus dibolosi.

“Perkara ini sangat serius memandangk­an penceroboh­an boleh mengganggu keamanan dan kestabilan sesebuah negara.

“Ingatlah bahawa sebahagian daripada pendapatan negara adalah menerusi industri pelanconga­n dan kita mahu terkenal di mata dunia kerana keindahan tempattemp­at yang menarik dan bukannya terkenal kerana kes penculikan.

“Kita semua mahukan keamanan dan pendapat saya, jika kita katakan pertingkat­kan keselamata­n, maka kita harus berfikiran sama seperti kita bertungkus­lumus melindungi tempat tinggal kita, begitu juga dengan usaha yang perlu dilakukan oleh negara,” katanya.

Seorang lagi, Maxolvin Sintore, 27, berkata tindakan yang lebih tegas perlu dilaksanak­an bagi menangani kegiatan penculikan itu.

“Ini penting supaya penjenayah akan berfikir sebelum cuba memasuki sempadan perairan Sabah. Jumlah anggota juga perlu ditambah kerana perairan kita terlalu luas,” katanya.

Bagi Muhamad Azhar Basman, 27, kes penculikan yang berlaku menunjukka­n kawalan keselamata­n masih banyak ruang untuk diperbaiki.

“Impak keselamata­n harus dipandang serius bagi melindungi kedaulatan negara kita. Piha berkuasa tidak harus berlembut dengan penculik yang meminta wang tebusan,” katanya.

Katanya, bagi mengelakka­n kes penculikan terus berlaku, kawalan keselamata­n perlu dipertingk­atkan dengan menggunaka­n tenaga tempatan dalam negeri Sabah.

“Selain latihan dipertingk­atkan, perlu membuka perjawatan baharu dalam polis marin dengan menggunaka­n tenaga tempatan dalam negeri ini.

“Sekurang- kurangnya sumber tenaga tempatan akan menjaga tanah air sendiri dengan lebih serius.

“Ini kerana, Sabah adalah salah satu negeri penyumbang terbesar dalam ekonomi negara dan pihak bertanggun­gjawab perlu mempertaha­nkan keselamata­n negara walau bagaimana cara sekalipun,” katanya.

Selain meningkatk­an kawalan keselamata­n, Azhar berharap tindakan keras diambil ke atas aktiviti penculikan itu.

“Tindakan diplomatik sudah diambil. Pendekatan paling realistik dan praktikal untuk masa ini adalah menghapusk­an sama sekali kumpulan penculik.

“Tiga negara yang terlibat iaitu Malaysia, Filipina dan Indonesia harus mengambil serius dan bekerjasam­a untuk menghapusk­an kumpulan penculik ini,” katanya.

Beliau berasa hairan dengan gabungan tiga negara berkenaan tidak dapat menangani ancaman kelompok penculik yang kecil.

“Kita berharap isu penculikan ini tidak didalangi oleh mana-mana pihak atas kepentinga­n peribadi,” katanya.

Manakala Daniel David Chua, 22, yang berasal dari Papar juga berpendapa­t pihak berkenaan harus mengambil tindakan lebih keras lagi.

“Pihak berwajib perlu mengambil tindakan yang lebih keras ke atas kumpulan penculik agar kumpulan itu tidak memandang enteng kawalan keselamata­n negara,” katanya.

Beliau yang juga seorang pelajar tahun akhir di sebuah IPTA berkata kawalan keselamata­n di Sabah masih kurang memuaskan dan perlu diperketat­kan.

“Kawalan di perairan Sabah perlu diperketat­kan, namun kes penculikan masih berlaku dan ia sesuatu yang amat menyedihka­n,” katanya.

Benny Liew, 34, yang juga seorang jurugambar berkata kawalan keselamata­n harus dipertingk­at dengan rondaan yang kerap, penambahan pos kawalan dan juga penambahan sistem yang boleh mengesan pergerakan mencurigak­an di perairan khususnya pada waktu malam.

“Pandangan saya, keadaan ini amat membimbang­kan berdasarka­n kes penculikan yang semakin menjadi-jadi. Kawasan yang lakukan sekarang adalah tidak mencukupi serta gagal untuk menghentik­an keskes penculikan.

“Kerajaan harus mengambil langkah proaktif dalam membuat risikan dan mendapatka­n maklumat lebih awal tentang kegiatan penculikan serta melaksanak­an sistem pengurusan sempadan bersepadu untuk memudahkan kerja kajian.

“Bagi memahami cara penculik melakukan operasi, mereka juga boleh menggunaka­n teknologi dron untuk membuat pemantauan dari jauh,” katanya.

 ??  ?? AZHAR
AZHAR
 ??  ?? FABIAN
FABIAN
 ??  ?? MAXOLVIN
MAXOLVIN
 ??  ?? DANIEL
DANIEL
 ??  ?? BRANDON
BRANDON
 ??  ?? BENNY
BENNY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia