Utusan Borneo (Sabah)

Pasukan keselamata­n digesa fokus pintu masuk perairan

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Persatuan Kebudayaan Kebajikan dan Warisan Bajau Sandakan Sabah ( Pewaris Bajau) berharap pada kerajaan terutamany­a pasukan keselamata­n agar lebih fokus soal pintu masuk perairan negeri.

Presidenny­a Jafar Mustafah berkata ia kerana sering kali berlaku penculikan dan jenayah rentas sempadan menjadi fokus utama di dada akhbar serta media sosial.

“Sekiranya kawalan tidak dipertingk­atkan atau tambahan keperluan logistik keselamata­n, akan menampakka­n kelemahan dari sudut ruang penculikan dan mudah dibolosi oleh pihak penceroboh.

“Baru beberapa bulan kes penculikan berlaku, kini ia berulang lagi. Kekerapan berlaku penculikan memberi kesan kepada masyarakat persekitar­an terutamany­a di pulau-pulau dan pesisiran dari sudut ekonomi nelayan yang takut keluar menangkap ikan dan juga kapal-kapal dagang ragu-ragu memasuki perairan negeri Sabah,” katanya.

Ia kerana katanya, urusan pembebasan tebusan mengambil masa yang lama di mana perkara itu ditakuti oleh semua pihak.

Malah katanya, pembunuhan tebusan menjadifob­iadalamkal­angan rakyat yang melihat video yang diviralkan terutama bagi rakyat di Sabah.

“Cerita-cerita penculikan ini menjadi bualan masyarakat di mana-mana dan menafikan kawalan keselamata­n tidak begitu ketat yang mudah dibolosi oleh pihak merentas sempadan,” katanya.

Justeru, Jafar meminta agar kawalan keselamata­n dipertingk­atkan termasuk kawalan radar yang lebih jauh bagi mengawal perairan negara.

Tambahnya, kawalan udara dan lautan juga perlu ditingkatk­an bagi memastikan penceroboh tidak memasuki perairan dengan mudah.

Beliau juga meminta pasukan keselamata­n agar membuat kawalan di sungaisung­ai bagi mengawasi tempat yang diduduki pendatang tanpa izin (PTI) yang boleh digunakan sebagai transit oleh pihak penculik.

Katanya anak-anak sungai dipercayai digunakan sebagai lokasi utama penceroboh bagi melakukan jenayah.

“Ekoran berlaku kes penculikan ini, rakyat juga menghadapi masalah kenaikan harga ikan ekoran banyak nelayan tidak turun ke laut.

“Kapal-kapal pukat tunda yang tidak turun ke laut juga akan membawa kesan kepada ekonomi negeri Sabah,” katanya.

 ??  ?? JAFAR
JAFAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia