Utusan Borneo (Sabah)

Esscom perlu pendekatan baru

- Oleh ABD.NADDIN HJ SHAIDDIN

KOTA KINABALU: Esscom yang diamanahka­n untuk menjaga kawasan perairan pantai timur Sabah perlu mengambil pendekatan baru bagi memastikan tiada lagi kes penculikan berlaku di kawasan jagaan mereka.

Pemangku Timbalan Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Kawang Shane Goon Thein Shang (gambar) berkata Esscom perlu mengambil langkah memperting­katkan lagi kawalan keselamata­n di Esszone susulan kejadian terbaru penculikan tiga warga Indonesia di perairan Felda Sahabat, baru-baru ini.

Katanya kejadian terbaru penculikan­dikawasanE­sszone turut mencalar imej negara kerana memperliha­tkan seolah- olah Esscom gagal mengawal kawasan perairan Esszone dengan efektif dan berkesan.

Menurutnya anggota keselamata­n Esscom sama ada Angkatan Tentera Malaysia ( ATM), Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Polis Diraja Malaysia ( PDRM) perlu memperheba­tkan lagi kawalan keselamata­n di Esszone bagi mengekang jenayah rentas sempadan dan kejadian penculikan.

Shane juga berkata kerajaan hendaklah melengkapk­an Esscom dengan pelbagai peralatan dan aset yang moden serta canggih bagi memastikan tahap keselamata­n dan kesejahter­aan rakyat di pantai timur Sabah sentiasa baik dan terkawal.

“Pihak berkuasa perlu mengambil pendekatan yang lebih praktikal supaya kejadian penculikan tidak berlaku di masa akan datang kerana ia menjejaska­n sumber pendapatan dan ekonomi negara.

“Kejadian penculikan terbaru itu menunjukka­n perairan pantai timur belum sepenuhnya selamat kerana perairan Esszone yang berada di bawah jagaan Esscom masih boleh dibolosi,” katanya.

Dalam kejadian terbaru, tiga rakyat Indonesia yang dikenali sebagai Lorence Koten, 34; Teo Dorus Kopong, 42; dan Emanuel, 46, diculik ketika sedang melakukan aktiviti menangkap ikan di kawasan perairan Felda Sahabat.

Sehingga kini, masih belum jelas mengenai nasib ketigaketi­ga anak kapal yang bekerja di sebuah kapal nelayan itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia