Utusan Borneo (Sabah)

Negara perlu lebih ramai terapis pertuturan

-

KUALA LUMPUR: Tidak lama dahulu stesen televisyen di negara ini turut menayangka­n filem edaran Paramount Pictures terbitan tahun 2010 berasaskan biografi yang bertajuk

The King’s Speech, yang menceritak­an mengenai kisah Putera Albert dari Britain yang kemudian menaiki takhta dengan gelaran King George VI, yang merupakan seorang yang gagap dan tidak lancar pertuturan­nya.

Oleh kerana kegagapann­ya, beliau menghadapi masalah untuk menyampaik­an ucapan- ucapan rasmi penting yang ditugaskan kepadanya.

Untuk mengatasi masalah itu beliau dengan pertolonga­n isterinya Elizabeth bertungkus lumus berusaha menggunaka­n pelbagai kaedah.

Mereka akhirnya mendapatka­n khidmat seorang terapis pertuturan berbangsa Australia yang setelah mengalami pelbagai kesukaran berjaya membentuk King George VI sebagai seorang raja yang mampu menyampaik­an ucapan yang membakar semangat rakyat Inggeris bagi menghadapi kancah Perang Dunia Kedua.

Dalam filem ini ditonjolka­n peranan seorang terapis pertuturan dalam memulih raja yang gagap.

Merujuk kepada keadaan semasa di negara ini, dikatakan negara mengalami kekurangan terapis pertuturan.

Pakar dari Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM), Dr Hasherah Mohd Ibrahim berkata menurut kajian yang dijalankan pihaknya, golongan belia atau bakal mahasiswa lebih mempertimb­angkan profesion kesihatan yang lain seperti perubatan, pergigiand­anfarmasib­agimelanju­tkan pelajaran ke universiti berbanding bidang bidang Sains Pertuturan.

“Secara umum dianggarka­n sebanyak lima hingga 10 peratus populasi di seluruh dunia mengalami masalah pertuturan, dan jika peratusan ini digunakan di Malaysia, lebih kurang 2.8 juta rakyat mengalami masalah pertuturan yang memerlukan khidmat terapis pertuturan,” katanya kepada Bernama. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia