Utusan Borneo (Sabah)

Polis pantau akhbar militan Daesh

Sehingga kini tiada edisi bercetak dikesan diedarkan, cuma melalui internet

-

BAGAN DATOH: Cawangan Khas Bukit Aman sedang memantau rapi akhbar bahasa Melayu terbitan militan Daesh yang dipercayai dikendalik­an petugas rakyat Malaysia dan Indonesia.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya belum menerima sebarang edisi bercetak akhbar itu yang setakat ini dikesan boleh dilayari menerusi internet sebanyak 20 halaman.

Ahmad Zahid yang juga MenteriDal­amNegeribe­rkata pihaknya percaya akhbar berkenaan cuba disebarkan di seluruh Asia Tenggara dengan tujuan untuk mempengaru­hi orang ramai terutama yang memahami bahasa Melayu.

“Polis Diraja Malaysia dan Kementeria­n Dalam Negeri akan terus memantau manamana pihak yang memuat turun atau mencetak akhbar berkenaan.

“Saya menyeru orang ramai supaya tidak melayari dan melakukan pencetakan kerana boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas majlis Hari Guru 2016 peringkat daerah Hilir Perak di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh di sini kelmarin.

Ahmad Zahid diminta mengulas penerbitan akhbar ‘Al Fatihin’ dalam format e- book atau digital yang dikesan baru-baru ini.

Akhbar keluaran pertama setebal 20 muka surat itu dilancarka­n di selatan Filipina pada 20 Jun lepas sebelum kandungann­ya disebarkan secara dalam talian dan media sosial.

Terdahulu, Ahmad Zahid dalam ucapannya meminta Kementeria­n Pendidikan mengkaji skim perkhidmat­an perguruan di semua peringkat supaya ia dipertingk­atkan bagi menghargai jasa dan sumbangan warga pendidik.

“Kalau kita kata guru adalah pembina negara bangsa, tapi di mana letaknya status guru sosial negara? Maka guru haruslah diberikan peluang lebih baik,” katanya.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Pengarah Pendidikan Negeri Perak Rozi Puteh Ismail dan Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak Sulaiman Samsudin serta 1,000 guru dari sekitar daerah Hilir Perak. -Bernama

 ??  ?? AHMAD Zahid menyampaik­an ucapan pada Majlis Hari Guru peringkat Daerah Hilir Perak 2016 di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh kelmarin. -Gambar Bernama
AHMAD Zahid menyampaik­an ucapan pada Majlis Hari Guru peringkat Daerah Hilir Perak 2016 di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh kelmarin. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia