Utusan Borneo (Sabah)

Klinik Kesihatan Kuala Lumpur bakal tampung 4,000 pesakit sehari

-

KUALA LUMPUR: Klinik Kesihatan Kuala Lumpur di Jalan Fletcher yang kini hampir siap dibina merupakan satu-satunya klinik kerajaan terbesar yang mampu merawat sehingga 4,000 pesakit sehari.

Menurut Pegawai Kesihatan Daerah Titiwangsa, Dr Mahanim Md Yusof, ia dibina dengan reka bentuk ‘Super Type 1 Clinic’ yang mempunyai kemudahan infrastruk­tur yang besar serta perkhidmat­an kepakaran keluarga lebih ramai.

Ia akan turut menempatka­n Jabatan Pesakit Luar Hospital Kuala Lumpur (JPLHKL).

Dibina dengan kos kirakira RM50 juta sejak 2014 di kawasan berkeluasa­n 1.3 hektar, ia merupakan klinik kesihatan ke- 17 di bawah seliaan Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Memberitah­u Bernama, beliau berkata perkhidmat­an yang disediakan di klinik itu adalah sama seperti perkhidmat­an asas yang terdapat di klinik kesihatan lain iaitu perkhidmat­an pesakit luar, pergigian, kesihatan ibu dan anak, kesihatan sekolah dan farmasi.

“Kesemua perkhidmat­an ini diketuai Pakar Perubatan Keluarga. Perkhidmat­an tambahanny­a pula ialah x- ray, makmal, pakar pemakanan dan zat makanan serta rehabilita­si,” kata Dr Mahanim.

Beliau berkata untuk keselesaan orang ramai yang datang bagi mendapatka­n rawatan, turut disediakan kafetaria, kedai serbaguna, pusat sumber diabetes, surau dan taman permainan kanakkanak.

“Pembinaan klinik ini adalah selaras dengan perancanga­n Kementeria­n Kesihatan untuk membina sebuah klinik bagi setiap daerah supaya penduduk tidak perlu pergi jauh untuk mendapatka­n perkhidmat­an kesihatan,” ujarnya.

Klinik ini akan memberi khidmat rawatan bagi penduduk sekitar Zon Parlimen Titiwangsa dan Zon Parlimen Setiawangs­a.

Beliau menganggar­kan jumlah pesakit yang mampu diterima klinik ini melebihi 3,000 orang sehari berbanding klinik lain yang kebiasaann­ya menampung antara 800 hingga 1,000 pesakit sehari.

“Mengambil kira pola kedatangan pesakit, ia dijangka turut menerima pesakit dari Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan negeri sekitarnya,” tambahnya.

Dr Mahanim juga berkata dengan terdapatny­a klinik berkenaan, Hospital Kuala Lumpur hanya akan menempatka­n klinik-klinik pakar bagi pelbagai jenis rawatan. -Bernama

 ??  ?? KLINIK Kesihatan Kuala Lumpur di Jalan Fletcher yang hampir siap dibina dan merupakan satusatuny­a klinik kerajaan terbesar yang mampu merawat sehingga 4,000 pesakit sehari. - Gambar Bernama
KLINIK Kesihatan Kuala Lumpur di Jalan Fletcher yang hampir siap dibina dan merupakan satusatuny­a klinik kerajaan terbesar yang mampu merawat sehingga 4,000 pesakit sehari. - Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia