Utusan Borneo (Sabah)

Maik pantau pelajar tajaannya daripada terlibat aktiviti Daesh

-

KOTA BAHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan ( Maik) sentiasa memperkasa­kan langkah pemantauan terhadap lebih 1,000 pelajar tajaannya di Timur Tengah bagi memastikan mereka tidak terlibat aktiviti kumpulan militan Daesh.

Timbalan Yang Dipertua Maik Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi berkata antara langkah yang diambil termasukla­h bekerjasam­a dengan pegawai Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang ditugaskan untuk menyelia pelajar di sana.

“Setakat ini kami tidak menerima laporan berhubung penglibata­n pelajar tajaan Maik dalam aktiviti kumpulan militan Daesh di Timur Tengah.

“Kami juga tidak menerima sebarang laporan menyatakan ada pihak yang cuba merekrut pelajar tajaan Maik dengan anasir tidak sihat itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan daripada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad ( PUNB) di Pejabat Maik, di sini, kelmarin.

Pada majlis itu, Ketua Pejabat Wilayah Pantai Timur PUNB Damaiyanti Mohd Nawi menyerahka­n zakat perniagaan sebanyak RM80,000 kepada Maik.

Nik Mohd Azlan berkata pihaknya juga sering mengadakan pertemuan dengan pelajar tajaan Maik dan mengadakan penerangan berhubung kegiatan negatif kumpulan militan berkenaan.

Selain itu, beliau berkata pihaknya turut memantau pelajar yang telah menamatkan pengajian dari Timur Tengah, membabitka­n sektor pekerjaan pelajar tersebut bagi memastikan mereka bersih daripada aktiviti militan.

Dalam perkembang­an lain Nik Mohd Azlan berkata Maik menyasarka­n kutipan zakat sebanyak RM170 juta pada tahun ini berbanding RM162 juta pada tahun lepas.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia