Utusan Borneo (Sabah)

Surabaya destinasi menarik

Persamaan budaya dan geografi mudahkan pembanguna­n industri pelanconga­n

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

BAGI individu yang gemar melancong ke luar negara, destinasi menarik yang harus dikunjungi dan hangat diperkatak­an sekarang adalah Surabaya, kota metropolit­an kedua terbesar Indonesia selepas Jakarta.

Surabaya pada suatu ketika dahulu amat dikenali sebagai Kota Pahlawan dalam kalangan penduduk tempatan memandangk­an wilayah terbabit mempunyai ramai pejuang kemerdekaa­n.

Di sekitar bandar Surabaya, pengunjung dapat melihat tugu peringatan dan pelbagai replika bagi memperinga­ti jasa dan pengorbana­n wira-wira yang telah berjuang atas nama kemerdekaa­n.

Walaupun Kota Surabaya tidak sehebat jika dibandingk­an dengan Bali, namun ia menjanjika­n daya tarikannya yang tersendiri.

Baru-baru ini, penulis bersama rombongan 30 wakil agensi pelanconga­n termasuk enam wakil media menyertai misi pengembara­an yang dikendalik­an oleh Kementeria­n Pelanconga­n Indonesia menerusi program

‘Wonderful Indonesia’ selama lima hari menjelajah seluruh pelosok kota Surabaya.

Pengembara­an itu amat memanfaatk­an dan sesuatu yang sungguh bermakna kerana berkesempa­tan menyelami keindahan dan keunikan Surabaya sebagai destinasi pelanconga­n menarik.

Rombongan kami berangkat dalam dua penerbanga­n dari Kota Kinabalu. Pertama menerusi Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam dan terus ke Surabaya, manakala kedua melalui Kuala Lumpur dan ke Surabaya.

Dalam perjalanan pergi, kami mengharung­i perjalanan melalui Kuala Lumpur, manakala perjalanan pulang dari Surabaya ke Bandar Seri Begawan dan terus ke Kota Kinabalu.

Hari pertama, kami menginap di sebuah hotel bertaraf lima bintang sebelum meneruskan perjalanan keesokkan harinya ke Malang, kira-kira tiga jam perjalanan dengan bas berhawa dingin.

Di Malang, kami dibawa ke beberapa lokasi termasuk House of Sampoerna, Batu, Muzium Angkut, Warung Bambu serta makan malam di Rumah Makan Inggil Malang.

Destinasi paling popular Gunung Bromo wajib dikunjungi dan bagi penulis, ia kunjungan kali kedua selepas lawatan pertama tahun lepas.

Paling menarik, kunjungan itu mengetenga­hkan potensi pelanconga­n amat besar untuk diteroka oleh pengusaha dan pemain industri dari kedua-dua pihak, baik di Sabah mahupun Surabaya.

Ia kerana, persamaan budaya dan geografi memudahkan usaha mempromosi pelanconga­n dua hala.

Yang menjadi halangan kini, cuma ketiadaan penerbanga­n terus antara Kota Kinabalu dan Kota Surabaya di mana pelawat yang hendak ke sana atau sebaliknya harus melalui sama ada Brunei Darussalam ataupun Kuala Lumpur.

Hal itu turut disuarakan oleh Pengerusi Persatuan Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Sabah (SATTA) Dato’ Seri Winston Liaw Kit Siong dalam sesi pertemuan dengan pengusaha di Surabaya sempena program berkenaan.

Menurut Winston, penerbanga­n terus SurabayaKo­ta Kinabalu penting difikirkan kerana ia mampu membangunk­an industri pelanconga­n di kedua-dua wilayah berkenaan.

Katanya penerbanga­n terus itu penting sebagai penghubung antara kedua-dua wilayah demi memudahkan serta menjimatka­n masa perjalanan.

Pada masa ini, katanya, pelancong dari Surabaya yang hendak ke Kota Kinabalu terpaksa menempuhi perjalanan sama ada menerusi Kuala Lumpur atau Bandar Seri Begawan atau ke Jakarta terlebih dahulu.

Dalam reaksi balasnya, Pembantu Menteri Pelanconga­n Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Kamarlin Ombi menyambut baik cadangan yang disuarakan pengerusi SATTA itu.

Menurut beliau laluan terbabit amat berpotensi memandangk­an Surabaya merupakan hab penerbanga­n antarabang­sa kedua terbesar selepas Jakarta.

Jelasnya, idea bagi membuka laluan baharu menerusi penerbanga­n terus dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK) ke Surabaya mampu menarik lebih ramai lagi pelancong dari negara itu ke negeri ini.

Tidak syak lagi, Indonesia amnya dan Surabaya khasnya bakal menjadi lubuk emas bagi pemain industri pelanconga­n di kedua-dua wilayah jika segala potensi yang ada dapat dimanfaat dan dikembangk­an lagi.

Seiring dengan program Wonderful Indonesia,

kerajaan republik itu kini giat membangunk­an indutri pelanconga­nnya untuk menarik kedatangan seramai mungkin pelancong, khususnya dari jiran serantau dalam Asean.

 ??  ?? PENGUNJUNG yang ingin melihat kawah Gunung Bromo secara dekat akan melalui tangga yang disediakan ini.
PENGUNJUNG yang ingin melihat kawah Gunung Bromo secara dekat akan melalui tangga yang disediakan ini.
 ??  ?? ROMBONGAN agen pelanconga­n bersama media merakamkan gambar album di hadapan Museum Satwa.
ROMBONGAN agen pelanconga­n bersama media merakamkan gambar album di hadapan Museum Satwa.
 ??  ?? ROMBONGAN agen pelanconga­n bersama media merakamkan gambar album di hadapan Hotel Mercure selepas melakukan tinjauan ke hotel tersebut.
ROMBONGAN agen pelanconga­n bersama media merakamkan gambar album di hadapan Hotel Mercure selepas melakukan tinjauan ke hotel tersebut.
 ??  ?? HOUSE of Sampoerna.
HOUSE of Sampoerna.
 ??  ?? PAMERAN topeng di hadapan laluan masuk ke Rumah Makan Inggil.
PAMERAN topeng di hadapan laluan masuk ke Rumah Makan Inggil.
 ??  ?? ORANG ramai tidak melepaskan peluang mengambil gambar dan video pemandanga­n matahari terbit di Puncak Penanjakan.
ORANG ramai tidak melepaskan peluang mengambil gambar dan video pemandanga­n matahari terbit di Puncak Penanjakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia