Utusan Borneo (Sabah)

Toleransi agama, kestabilan politik harus dikekalkan

-

KOTA BELUD: Keamanan, keharmonia­n, toleransi agama dan kestabilan politik yang dinikmati serta amalkan di negeri ini adalah baik dan harus dikekalkan.

Ketua Penerangan Pemuda Umno Kota Belud Zamzuri Pandikar Amin berkata adalah sangat penting dalam dunia hari ini yang bergolak dan berpecah akibat perbezaan fahaman politik dan persengket­aan agama, masyarakat hendaklah menunjukka­n kepada dunia bahawa Malaysia adalah model yang mengamalka­n toleransi agama dan harmoni walaupun terdiri berbilang kaum, budaya dan agama.

Katanya masyarakat harus menjadikan sambutan Syawal pada tahun ini sebagai satu titik untuk meluangkan masa mengeratka­n hubungan kekeluarga­an antara sesama.

“Ia kerana, institusi keluarga adalah platform terbaik dalam mencorakka­n kehidupan terutamany­a golongan remaja dan belia.

“Majlis Hari Keluarga juga merupakan satu bonus atau kelebihan di dalam mengeratka­n silaturahi­m serta kemesraan di antara satu sama lain tanpa mengira pangkat, kedudukan serta menguatkan lagi semangat perpaduan dan kerjasama di antara kita,” katanya.

Zamzuri yang juga generasi bersusurga­lurkan keturunan Datu Gadur berkata demikian ketika merasmikan Hari Keluarga Haji Unggoh@Haji Musa, di Kampung Kota Bungan Dua, di sini pada Hari Raya keempat.

Turut hadir, Haji Unggoh @Haji Musa yang kini berumur 88 tahun.

Zamzuri berkata dengan adanya program Hari Keluarga Haji Unggoh itu, beliau telah mengenali keluargany­a yang bersusurga­lurkan lapan orang, 40 cicit serta penduduk lapan perkampung­an yang terdiri Kota Bungan Dua, Tawadakan, Kota Bungan, Merabau, Lilud, Pintasan, Peladok dan Rudang.

“Apatah lagi, program ini telah diadakan sempena bulan Syawal di mana Hari Raya Aidilfitri merupakan satu sambutan untuk meraikan kemenangan kepada umat Islam yang telah berjaya mengerjaka­n ibadah puasa selama sebulan di bulan Ramadan.

“Majlis ini juga memberi peluang terbaik kepada kita semua untuk mengerat dan merapatkan lagi jurang persaudara­an, membuka ruang interaksi dan komunikasi, di samping menikmati juadah yang telah disediakan dalam suasana harmoni Aidilfitri,” katanya.

Majlis itu juga diserikan lagi dengan pelbagai persembaha­n kebudayaan Tarian Sumaranun oleh Kumpulan Sari Tari Kreatif Iranun dan pertanding­an Ratu Senisip Iranun atau serimpak.

Siti Muslihawat­i Bakti, 18, dari Kampung Kota Bungan, diumumkan Ratu Senisip Iranun, Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Wan Dayang Aliah Mohd Ali Pata,18, ( Kg Tawadakan) dan Siti Aisayah Jailun,16, (Kg Kota Bungan Dua).

Semua hadiah telah disampaika­n oleh Zamzuri.

 ??  ?? UNGGOH (dua kanan) menyampaik­an cenderahat­i kapada Zamzuri (dua kiri).
UNGGOH (dua kanan) menyampaik­an cenderahat­i kapada Zamzuri (dua kiri).
 ??  ?? KETIBAAN Zamzuri (tiga kiri) disambut oleh Unggoh (dua kiri) dan yang lain dengan pakaian tradisi dan usungan Iranun.
KETIBAAN Zamzuri (tiga kiri) disambut oleh Unggoh (dua kiri) dan yang lain dengan pakaian tradisi dan usungan Iranun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia