Utusan Borneo (Sabah)

Warga Ranau sokong amalan majlis rumah terbuka diteruskan

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Majoriti warga daerah Ranau mahukan program rumah terbuka semasa sesuatu perayaan diteruskan bagi menjadi landasan memupuk dan meningkatk­an hubungan persaudara­n serta keharmonia­n kaum tanpa mengira agama dan ideologi politik.

Ramai berpendapa­t konsep rumah terbuka harus difahami secara positif, apabila tiba sesuatu perayaan seperti Hari Raya, Krismas, Deepavali, Pesta Gawai dan yang lainnya sebagai landasan memupuk keharmonia­n berbilang kaum tanpa mengira kedudukan atau pangkat.

“Justeru, majlis rumah terbuka Hari Raya ini wajar diteruskan bukan sahaja bagi memberi peluang kepada seisi keluarga, saudara mara dan sahabat handai dari jauh dan dekat bertemu mesra sambil bermaaf-maafan.

“Malah, meningkatk­an hubungan silaturrah­im dalam kalangan mereka yang mungkin terpisah mengikut keluarga atau kerjaya masingmasi­ng,” kata Zarah Abdullah, 25, dari Kg Tontolob Sunsuran Tambunan, dan Rusidi Salimun, 65, dari Kg Paka Dua Ranau.

Beberapa orang lagi turut menyokong majlis rumah terbuka Hari Raya diteruskan untuk memberi ruang dan peluang kepada pemimpin menemui rakyat secara lebih dekat lagi.

“Menerusi majlis rumah terbuka, semua orang tidak kira agama, usia, pangkat dan fahaman politik berkomunik­asi secara positif ke arah meningkatk­an perpaduan,” kata Ketua Wanita Umno Ranau Datuk Amisah Yassin dan seorang penjawat awam Zaleha Sian dari Kg Lohan Ulu Ranau.

“Konsep rumah terbuka beri ruang kepada penganjur atau tuan rumah menyajikan juadah peroduk sendiri,” kata pemilik Syarikat Yung Seng Pekan Ranau.

Salah seorang lagi penduduk, Jaini Lausing, 65, dari Kg Rumantai Ranau menyifatka­n program rumah terbuka mengajak pemimpin turun padang menemui rakyat sekali gus meninjau masalah penduduk di sesebuah kampung.

 ??  ?? ZALEHA
ZALEHA
 ??  ?? ZARAH
ZARAH
 ??  ?? RUSIDI
RUSIDI
 ??  ?? YUNG SENG
YUNG SENG
 ??  ?? AMISAH
AMISAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia