Utusan Borneo (Sabah)

Aidilfitri eratkan perpaduan warga Labuan

-

Raya Aidilfitri merupakan landasan yang tepat untuk mengukuhka­n perpaduan antara pelbagai kaum di Wilayah Persekutua­n Labuan.

Malah, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Yunus Kurus berkata hari lebaran dijadikan ruang dan peluang ahli keluarga dan sanak saudara serta rakan-rakan mengeratka­n silaturahi­m.

Beliau turut bersyukur kerana rakyat dapat mengunjung­i rumah terbuka pemimpin masyarakat di pulau bebas cukai ini dalam suasana yang aman dan damai berbanding di negara lain.

“Rakyat Malaysia khususnya warga Labuan seharusnya bersyukur kerana dapat meraikan Hari Raya Aidilfitri tanpa rasa takut dan bimbang berbanding negara lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamanny­a di Simpang 1, Kampung Sungai Bangat, Ahad lalu.

Lebih 2,000 tetamu termasuk Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli, Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan Datuk Haji Bashir Alias dan Pengerusi Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) Dato’ Sri Mohd Alias Abd Rahman dan isteri Datin Sri Dato’ Norsiah Abdullah menghadiri majlis itu.

Rumah terbuka yang bermula jam 12 tengahari itu turut dihadiri Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Labuan Datuk Wong Kii Yee, Ketua Parti Gerakan Rakyat Malaysia Bahagian Labuan Datuk Oi Thiam Beng, Pengarah Urusan HMD Automobile Fauziah Mohd Din dan Ketua MCA Bahagian Labuan Datuk Chin Hon Vui.

Yunus bersama isteri Datin Dg Pungut Abd Jalil ternyata gembira dengan kehadiran ahli keluarga, sanak saudara dan penduduk setempat sekali gus mengeratka­n lagi hubungan baik yang sedia terjalin selama ini.

 ??  ?? YUNUS (lima kiri) dan isteri, Dg Pungut (empat kanan) bersama tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri beliau di Sungai Bangat, Ahad lalu.
YUNUS (lima kiri) dan isteri, Dg Pungut (empat kanan) bersama tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri beliau di Sungai Bangat, Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia