Utusan Borneo (Sabah)

Tingkat iltizam, semangat perpaduan

Penyertaan pemimpin BN dan rakyat dalam majlis rumah terbuka

- Oleh JOHAN AZIZ

PENYERTAAN pemimpin Barisan Nasional (BN) dan seluruh rakyat dalam majlis rumah terbuka yang dianjurkan sempena Hari Raya Aidilfitri di kawasan pedalaman dapat meningkatk­an iltizam dan semangat perpaduan, muhibah dan harmoni.

Majlis seumpama ini dapat merapatkan lagi jurang perbezaan antara pemimpin dan rakyat yang terdiri berbilang kaum dan agama di daerah Keningau dan selaras dengan konsep 1Malaysia.

Selain menikmati kepelbagai­an juadah seperti rendang dengan lemang atau ketupatnya, sate dengan nasi impitnya, daging kambing panggang, sayap ayam panggang, soto, rojak, udang, mi laksa, coto makasar, biskut raya dan lain-lain lagi. Majlis ini juga merapatkan lagi hubungan dan mengeratka­n tali persaudara­an dan silaturahi­m.

Sememangny­a, majlis rumah terbuka adalah bagi seluruh rakyat menginsafi betapa pentingnya perpaduan, keharmonia­n dan semangat muhibah itu demi untuk kesejahter­aan dan keamanan negara dan negeri tercinta.

Di pedalaman, beberapa pemimpin mengadakan majlis rumah terbuka atau menghadiri majlis rumah terbuka yang diadakan oleh mereka di tempat masing-masing dengan tujuan menambahka­n lagi kemesraan serta meningkatk­an perasaan kekitaan dan setiakawan.

Kebanyakan mereka yang turut mengadakan majlis rumah terbuka pada raya pertama hinggalah masuk hari yang ketujuh, selain pemimpin dan pegawai jabatan kerajaan juga pemimpin di peringkat akar umbi atau rakyat biasa.

Ini biasa menjadi satu kelaziman untuk mengenali dan bermesra antara satu sama lain terutama sekali pada hari baik dan bulan baik sambil berjabat tangan dengan mesra atau berpelukan sambil mengucapka­n Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin.

Para pemimpin BN yang turut mengadakan majlis rumah terbuka terdiri Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Haji Sairin Karno di Taman Bukit Sepanggar Kota Kinabalu, Ketua Umno Bahagian Pensiangan Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin di Jalan Tuarid Keningau, Ketua Pemuda Umno Tenom Jamawi Jaafar di Kampung Jawa Sumbiling Melalap Tenom,

dan Naib Ketua Umno Bahagian Keningau Amir Haji Jani di Kampung Lingkudau Keningau. Ahli Jawatankua­sa Umno Bahagian Keningau Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik di Taman Fajar Keningau, AJK Umno Keningau dan Penolong Pengarah UPPM Sabah Rakmadin Mohd Yassin di Kampung Bayangan Keningau, Ketua Wanita Umno Bahagian Keningau Hajah Amelia Ajun di Tambunan, Ketua Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Ramian Ayub di Kampung Panagatan Sook, dan Naib Ketua Umno Bahagian Pensiangan Ulin Datuk Pamiang di Nabawan.

Sementara para pegawai kerajaan yang mengadakan majlis yang sama terdiri Pegawai Daerah Haji Yusop Haji Osman di Yokirina Mountain View Kundasang Ranau,

Ibu Pejabat Polis Daerah di Dewan Sri Kompleks Polis Keningau, Pegawai Pendidikan Daerah Tambunan Haji Kaipin Haji Rusmin di Kampung Bayangan Keningau, Ketua Daerah Keningau OKK Mohd Amir Arif di Kampung Bariawa Keningau, dan Penolong Pegawai Daerah Tenom Kassim Haji Yunus di Kampung Mantailang Tenom.

Para pemimpin yang turut menghadiri majlis rumah terbuka adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup, Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Radin Malleh, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ellron Alfred Angin, Pembantu Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Bobbey Ahfang Suan, Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi, Timbalan Presiden PBRS Arthur Joseph Kurup, Senator Datuk Dr Lucas Umbul, dan Ketua Exco Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Sabah Datuk Jake Jikulin Nointin.

 ??  ?? (gambar kiri) YUSOP (tengah) dan isteri Hajah Airanah Haji Bandari (empat kanan) mengadakan rumah terbuka di Yokirina Mountain View Kundasang Ranau yang turut dihadiri oleh Sairin, Bibi Farizan, Kapitan Liew Ket Lim dan pegawai kerajaan lain.
(gambar kiri) YUSOP (tengah) dan isteri Hajah Airanah Haji Bandari (empat kanan) mengadakan rumah terbuka di Yokirina Mountain View Kundasang Ranau yang turut dihadiri oleh Sairin, Bibi Farizan, Kapitan Liew Ket Lim dan pegawai kerajaan lain.
 ??  ?? ELLRON (duduk dua kiri) mengunjung­i rumah terbuka di Kampung Panagatan Ulu Sook.
ELLRON (duduk dua kiri) mengunjung­i rumah terbuka di Kampung Panagatan Ulu Sook.
 ??  ?? ARTHUR (dua kiri) dan Ketua Pemuda Umno Pensiangan Jehan Osman (tiga kiri) menghadiri rumah terbuka Ulin (kiri) di Nabawan.
ARTHUR (dua kiri) dan Ketua Pemuda Umno Pensiangan Jehan Osman (tiga kiri) menghadiri rumah terbuka Ulin (kiri) di Nabawan.
 ??  ?? MAJLIS rumah terbuka Yazid (tengah) di Taman Fajar Keningau yang turut dihadiri oleh para ketua jabatan kerajaan, guru, pemimpin masyarakat dan ahli perniagaan.
MAJLIS rumah terbuka Yazid (tengah) di Taman Fajar Keningau yang turut dihadiri oleh para ketua jabatan kerajaan, guru, pemimpin masyarakat dan ahli perniagaan.
 ??  ?? SAIRIN (empat kiri) dan isteri Datin Bibi Farizan Amjad (empat kanan) mengadakan majlis rumah terbuka di Taman Bukit Sepanggar Kota Kinabalu.
SAIRIN (empat kiri) dan isteri Datin Bibi Farizan Amjad (empat kanan) mengadakan majlis rumah terbuka di Taman Bukit Sepanggar Kota Kinabalu.
 ??  ?? RADIN (tengah) dan isteri (empat kiri) mengunjung­i rumah terbuka Kassim Haji Yunus (empat kanan) di Kampung Mantailang Tenom.
RADIN (tengah) dan isteri (empat kiri) mengunjung­i rumah terbuka Kassim Haji Yunus (empat kanan) di Kampung Mantailang Tenom.
 ??  ?? GHANI (duduk, empat kanan) bergambar bersama AJK bahagianny­a semasa majlis rumah terbukanya di Jalan Tuarid Keningau.
GHANI (duduk, empat kanan) bergambar bersama AJK bahagianny­a semasa majlis rumah terbukanya di Jalan Tuarid Keningau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia