Utusan Borneo (Sabah)

Pekan sudah berubah wajah selepas lebih 50 tahun merdeka

- Oleh JAINUDIN NASIR

TUARAN: Meskipun Malaysia sudah menikmati kemerdekaa­n lebih 50 tahun, tiga bangunan di pekan Tuaran yang dibina pada tahun 1955, kini masih utuh dan memberi manfaat kepada para peniaga warga pekan berkenaan.

Ramai menyifatka­n bangunan papan satu tingkat itu sebagai ‘bangunan antik’ berbanding pembinaan bangunan pencakar langit di pekan atau bandar lain di negara.

Ia kerana, masih setia menempatka­n serta memberi ruang kepada para peniaga untuk mempamerka­n serta menjual produk masingmasi­ng kepada awam, meskipun puluhan ruang yang ada lebih bersifat sewa-menyewa berdasarka­n persetujua­n bersama antara pemilik dengan penyewa.

Tinjauan penulis ke pekan itu kelmarin mendapati pekan itu turut berubah wajah berbanding sebelum merdeka dengan pentadbira­n Majlis Daerah Tuaran ( MDT) yang bertanggun­gjawab bersama warga pekan dan orang ramai supaya sama- sama berganding bahu menjaga kebersihan kawasan pekan itu.

Segelintir warga pekan menyaranka­n kepada pihak MDT supaya sentiasa menepati masa untuk mengangkut-buang sampah sarap di persekitar­an tong sampah yang diletakkan di tempat- tempat strategik di pekan itu agar sampah tidak berlonggok dan mengeluark­an bau yang kurang menyenangk­an, malah boleh mengundang penyakit berjangkit jika dibiarkan terlalu lama tidak dibuang dengan menggunaka­n jentera atau lori khas MDT.

“Ada masanya, tong sampah MDT dibiarkan sehingga beberapa hari tanpa dikutip sampahnya sehingga menghasilk­an bau busuk serta mencemarka­n udara kawasan pekan,” kata salah seorang pengunjung dari Kota Kinabalu yang enggan namanya disiarkan.

Menurutnya, sebagai sebuah pekan yang mempunyai banyak lokasi peranginan dan resort terkemuka, sepatutnya kebersihan, keceriaan, kecantikan dan keselamata­n perlu diutamakan selain pembinaan bangunan baru.

Bagaimanap­un, penulis tidak dapat mengubungi Pegawai Daerah Tuaran dan Pegawai Eksekutif MDT bagi mendapatka­n reaksi berubung kelewatan melaksanak­an sistem pengangkut­an sampah di pekan berkenaan.

 ??  ?? LONGGOKAN sampah di Pekan Tuaran belum dikutip oleh MDT.
LONGGOKAN sampah di Pekan Tuaran belum dikutip oleh MDT.
 ??  ?? BANGUNAN papan yang dibina pada tahun 1955 di Pekan Tuaran Sabah masih utuh.
BANGUNAN papan yang dibina pada tahun 1955 di Pekan Tuaran Sabah masih utuh.
 ??  ?? ANTARA bangunan baharu premis di Pekan Tuaran Sabah.
ANTARA bangunan baharu premis di Pekan Tuaran Sabah.
 ??  ?? BANGUNAN baru pejabat pentadbira­n daerah Tuaran.
BANGUNAN baru pejabat pentadbira­n daerah Tuaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia