Utusan Borneo (Sabah)

EAIC saran semak lebih kerap identiti pemandu kenderaan berat

-

PUTRAJAYA: Suruhanjay­a Integriti Agensi Penguatkua­saan ( EAIC) menyaranka­n agensi penguatkua­saan membuat semakan rekod lebih kerap dan konsisten bagi mengesan identiti pemandu kenderaan berat yang mempunyai rekod saman lalu lintas tertunda.

Pengerusin­ya Datuk Yaacob Md Sam berkata langkah ini membolehka­n Polis Diraja Malaysia ( PDRM), Jabatan Pengangkut­an Jalan ( JPJ) dan Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) mengambil tindakan sewajarnya ke atas pemandu dan pengusaha terlibat.

Katanya, tindakan tegas perlu diambil supaya pemanduyan­gmempunyai sikap ‘habitual offender’ atau tidak mempeduli dan menghormat­i undangunda­ng, dapat dikesan, digantung atau dibatalkan kebenaran memandu mereka untuk tempoh tertentu.

“EAIC menyokong penuh penguatkua­saan undang- undang yang serius terhadap para pengguna jalan raya yang telah menyalahgu­nakan lorong kecemasan di lebuh raya dan jalanjalan utama,” katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.

Yaacob mengulas berhubung kes bas persiaran yang merempuh 10 kenderaan lain di Kilometer 265.8, Lebuhraya Utara-Selatan ( PLUS) arah selatan selepas Terowong Menora di sini Ahad lalu yang dikesan mempunyai 63 saman tertunggak atas pelbagai kesalahan.

Menurutnya, perbuatan tidak bertanggun­gjawab ini bukan sahaja mengganggu kelancanga­n laluan kenderaan bantuan kecemasan, malah turut mengundang masalah dan kerumitan kepada pengguna lain yang mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya.

Sambil mengucapka­n tahniah dan syabas, Yaacob berkata Op Selamat 9/2016 yang dilancarka­n pada 7 Jun hingga 11 Julai telah mencapai matlamat dalam usaha mengurangk­an kadar kemalangan dan kecelakaan di jalan raya semasa sambutan Aidilfitri.

“EAIC mengucapka­n syabas dan memuji komitmen pegawai, anggota dan petugas terlibat dalam menguatkua­sakan undang- undang lalu lintas.

“Orang ramai perlu memahami dan menghargai tanggungja­wab petugaspet­ugas yang banyak membantu dalam melicinkan perjalanan lalu lintas dan keselamata­n di jalan raya,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia