Utusan Borneo (Sabah)

Beraya bersama keluarga saat paling indah

Sinaran Syawal tahun ini dimeriahka­n dengan kehadiran anak-anak

-

KOTA kINABALU: Tidak ada yang paling indah selain dapat bersama berhari raya bersama keluarga yang terpisah jauh di perantauan.

Dapat bercuti serentak memudahkan semua keluarga dapat bergembira setelah sekian lama tidak berkesempa­tan berhari raya bersama-sama.

Apa tidaknya, jika di Sabah dipisahkan oleh lokasi bertugas yang tentunya permohonan bercuti untuk berhari raya bergantung dengan kelulusan ketua jabatan yang telah mengaturka­n jadual untuk bercuti.

Keluarga yang bertugas di Semenanjun­g Malaysia pula dihantui oleh tiga perkara iaitu kelulusan cuti, penerbanga­n dan kewangan adalah satu- satunya penghalang utama untuk berhari raya bersama keluarga di kampung.

Antara yang paling gembira adalah ibu bapa yang telah lama ditinggalk­an kerana tugas yang dijalankan di perantauan.

Linangan air mata tidak terhenti- henti meleleh di pipi walaupun ibu bapa kita ketika itu tidak sihat akan bertukar menjadi sihat.

Itulah yang dialami oleh seorang ayahanda yang bernama Haji Musnih Asar yang amat bersyukur dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun 2016.

Tahun ini telah disinari oleh kehadiran anak-anak beliau yang pulang berhari raya bersama-samanya.

Anak- anak beliau yang tinggal berdekatan dengan daerah tempat tinggalnya tidak mempunyai masalah untuk balik ke kampung.

Musnih yang berasal dari Kampung Kukuro, Beaufort kini menetap di Kampung Bariawa Ulu, Keningau lebih 40 tahun lalu dan mempunyai lima orang anak lelaki serta empat perempuan.

Anak sulung beliau Amat Jutrah Haji Musnih bertugas sebagai Penolong Jurutera di Universiti Malaysia Sabah, Yakop Haji Musnih dan Jikri Haji Musnih bertugas di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu, manakala Ajijah Haji Musnih bertugas di Hospital Keningau.

Selain itu, Latipah Haji Musnih bertugas di Hospital Banting Selangor Sapiah Haji Musnih bertugas di Hospital Sandakan, Abu Bakar Haji Musnih bertugas di Putrajaya, Zulaikah Haji Musnih sedang menuntut di Politeknik Sandakan dan Amat Saban bertugas di Tawau.

Menurut Amat Jutrah, kepulangan kesemua keluarga kecuali Abu Bakar ke Kampung Bariawa Ulu Keningau amat menggembir­akan suasana Hari Raya.

Abu Bakar tidak dapat balik ke Sabah kerana beraya bersama keluarga isteri di Ipoh, Perak.

Latipah yang bertugas di Hospital Banting Selangor amat gembira balik raya bersama ayahanda dan semua keluarga.

Beliau mengucapka­n syukur kehadrat Allah Taala kerana diberikan keizinan dan kelapangan berhari raya di kampung.

Sapiah dari Sandakan juga mengucapka­n syukur kepada ilahi kerana diberikan kesempatan berhari raya bersama keluarga.

Cevian Jupirin, Azean Yakop, Faridah Hosrin, Hafizuddin Amat Jutrah, Mohd Hanif Jikri dan Azeani Abdul Gapar adalah sebahagian cucu Musnih yang balik ke kampung pada hari lebaran tahun ini.

Musnih berkata kepulangan anak-anak, cucu serta cicit-cicit berhari raya di kampung halaman amat menggembir­akan dan dapat menghilang­kan kerinduann­ya yang sudah lama tidak bersama pada hari lebaran.

“Saya sangat gembira dapat berhari raya bersama anak-anak, cucu dan cicit pada tahun ini. Semoga kehadiran mereka akan membawa sinar bahagia kepada keluarga kami,” katanya sambil menadah tangan tanda kesyukuran kepada Allah.

Beliau mendoakan semoga anak, cucu dan cicit akan beroleh kejayaan yang cemerlang dalam bidang masing-masing sama ada yang masih bersekolah mahupun yang sudah bekerja di sektor awam mahupun swasta.

Katanya berkumpul ber- sama di pagi Syawal merupakan kenangan paling indah yang sudah tentu sukar dilupakan sampai bila-bila buat keluarga besar Musnih.

 ??  ?? AHLI keluarga Musnih di Kampung Bariawa Ulu Keningau.
AHLI keluarga Musnih di Kampung Bariawa Ulu Keningau.
 ??  ?? ANAK sulung Amat Jutrah bersama isteri Dang Normah Ayun.
ANAK sulung Amat Jutrah bersama isteri Dang Normah Ayun.
 ??  ?? AMAT Saban bersama isteri beliau sempat balik ke kampung selepas bertugas di Tawau.
AMAT Saban bersama isteri beliau sempat balik ke kampung selepas bertugas di Tawau.
 ??  ?? SEBAHAGIAN cucu Musnih merakamkan kenangan pada Hari Raya Aidilfitri.
SEBAHAGIAN cucu Musnih merakamkan kenangan pada Hari Raya Aidilfitri.
 ??  ?? AJIJAH bersama suami Abdul Gapar bertugas di Hospital Keningau.
AJIJAH bersama suami Abdul Gapar bertugas di Hospital Keningau.
 ??  ?? YAKOB dan isteri bertugas di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu.
YAKOB dan isteri bertugas di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu.
 ??  ?? JUPIRIN
JUPIRIN
 ??  ?? CEVIAN
CEVIAN
 ??  ?? LATIPAH
LATIPAH
 ??  ?? SAPIAH
SAPIAH
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia