Utusan Borneo (Sabah)

Ewon dan rombongan kunjungi rumah terbuka di Ranau

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Program Jelajah Ziarah Hari Raya yang dilaksanak­an Upko Ranau mampu mengeratka­n perpaduan dan memantapka­n ikatan silaturrah­im kalangan penduduk tanpa membezakan anutan agama dan ideologi politik, amat sesuai dengan kata-kata keramat ‘Hari Raya Untuk Semua’ dan ‘Perayaan 1Malaysia’.

Rombongan Anggota Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin menziari Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri ke 18 rumah penduduk sekitar Ranau pada Hari Raya pertama kemudian 14 rumah pada Hari Raya kedua dan 13 rumah pada Hari Raya ketika.

Ia memperliha­tkan keprihatin­an pemimpin itu untuk menemui penduduk sambil meninjau dan memantau keperluan penduduk setempat selain dapat berkenal mesra sesama mereka.

Naib Pemuda Upko Ranau Aliyu Zinin memberitah­u program itu memang dirancang sebagai antara titian mesra antara pemimpin dan rakyat tanpa membezakan suku kaum, agama dan ideologi politik.

“Langkah seperti ini juga turut dijalankan bukan sahaja semasa Hari Raya, malah pada semua jenis perayaan seperti Tahun Baru Cina, Pesta Kaamatan, Krismas, Deepavali dan perayaan yang lain, untuk memberi ruang dan peluang kepada pemimpin dan penduduk mengenali satu sama lain dengan lebih mesra.

“Budaya kunjung mengunjung sudah menjadi amalan sejak dahulu dan kini, sama ada pemimpin atau rakyat, harusmenge­kalkannya agar tidak luput ditelan zaman,” katanya.

Pada Hari Raya ketiga katanya, rombongan Ewon sempat bersama Presiden PCS Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing dan Datuk Kalakau Untol pada majlis harijadi cucu Aslie Suliah di Kundasang.

 ??  ?? SALAH satu keluarga bergambar ramai bersama rombongan Ewon ketika menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya di Kundasang pada raya ketiga.
SALAH satu keluarga bergambar ramai bersama rombongan Ewon ketika menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya di Kundasang pada raya ketiga.
 ??  ?? EWON bersama rombongan turun padang untuk menziarahi penduduk yang menyambut Hari Raya Aidilfitri.
EWON bersama rombongan turun padang untuk menziarahi penduduk yang menyambut Hari Raya Aidilfitri.
 ??  ?? MERAIKAN bersama majlis harijadi anak Aslie di Kundasang.
MERAIKAN bersama majlis harijadi anak Aslie di Kundasang.
 ??  ?? EWON bersama penduduk menikmati juadah Hari Raya.
EWON bersama penduduk menikmati juadah Hari Raya.
 ??  ?? EWON bersama penduduk meraikan Hari Raya Aidilfitri.
EWON bersama penduduk meraikan Hari Raya Aidilfitri.
 ??  ?? PENDUDUK menyambut mesra ketibaan Ewon dan rombongan.
PENDUDUK menyambut mesra ketibaan Ewon dan rombongan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia