Utusan Borneo (Sabah)

Pokemon Go cetus risiko jenayah di AS

Permainan mudah alih realiti berpecah oleh Nintendo punca kelalaian berbahaya

-

RIVERTON: Permainan telefon bimbit baharu Pokemon Go telah menjadi sensasi dalam sekelip mata di kalangan peminat di Amerika Syarikat tetapi turut memainkan peranan dalam rompakan bersenjata di Missouri, penemuan sebuah mayat di Wyoming dan kecederaan kecil kepada peminat gara-gara kelalaian melampau akibat bermain aplikasi tersebut, pegawai dan media berita melaporkan kelmarin.

Permainan realiti berpecah itu yang berdasarka­n francais Jepun pada 1990-an meluru ke tangga teratas carta aplikasi Apple Inc pada hujung minggu lepas. Pemain menggunaka­n alat bimbit mereka untuk mencari dan menangkap watak Pokemon dalam alam maya seperti Pikachu yang berwarna kuning dan menarik pelukan di pelbagai lokasi dalam kehidupan sebenar.

Lima hari selepas ia dikeluarka­n, permainan itu sekarang ada dalam lebih banyak telefon Android berbanding aplikasi teman Tinder, dan kadar pengguna harian yang aktif menandingi rangkaian sosial Twitter, menurut firma analisis SimilarWeb.

Permainan itu, yang mengetenga­hkan sisi gelap kepada populariti­nya, digunakan oleh empat remaja di Missouri untuk menarik hampir 12 mangsa bagi melakukan rompakan bersenjata, kata polis dan laporan media.

Polis memberi amaran kepada pemain untuk sentiasa berjaga-jaga apabila menggunaka­n telefon pintar dan alat bimbit lain untuk mencari watak dalam permainan itu.

“Apabila kita terlibat dalam permainan dan tidak memberi perhatian kepada perkara yang berlaku di sekeliling kita, kesedaran anda mengenai situasi boleh menurun,” kata pegawai polis Greensboro, North Carolina Ben Wingfield, kepada televisyen tempatan.

Dibuat oleh Pokemon Company Internatio­nal, Niantic Inc dan Nintendo Co Ltd, permainan itu menggunaka­n sistem kamera dan sistem pemetaan GPS dalam alat pemain.

“Kami menggalakk­an semua orang yang bermain Pokemon Go untuk sedar mengenai persekitar­an mereka dan bermain dengan rakan-rakan apabila mereka pergi ke tempat baharu atau tidak dikenali,” Pokemon Company Internatio­nal dan Niantic menyebut dalam satu kenyataan e-mel.

Polis di O’Fallon, sebuah bandar pinggiran St Louis, berkata mereka menangkap empat remaja pada Ahad lepas setelah seorang mangsa rompakan menghubung­i polis dari sebuah kedai runcit.

“Dengan menggunaka­n ciri geopolitik aplikasi Pokemon Go, perompak dapat mengagak lokasi dan tahap pengasinga­n mangsa yang tidak sedar,” Sarjan Bill Stringer dari pasukan polis O’Fallon nenyebut dalam satu kenyataan akhbar.

Media sosial sibuk dengan laporan tentang pemain yang mengalami kecederaan kecil kerana tersandung dan terjatuh ketika mereka melekat pada telefon bimbit selain insiden kecil ketika memandu dan mencari Pokemon.

“Saya mendapati diri hampir melanggar sesuatu, jadi saya sudah mula mengurangk­an permainan di lebuh raya,” kata Henry Mendez, 32 tahun, seorang valet letak kereta dari Los Angeles.

Permainan itu merupakan aplikasi percuma yang paling kerap dimuat turun dalam stor aplikasi Apple manakala saham Nintendo melonjak hampir 25 peratus untuk mencatatka­n keuntungta­n harian terbesar dalam sejarah mereka selepas Pokemon Go dilancarka­n.

Shayla Wiggins, 19 tahun, sedang mencari watak Pokemon berasaskan air dekat Riverton, Wyoming, apabila dia menjumpai satu mayat dekat jambatan di mana seorang lelaki dipercayai lemas dalam air cetek, menurut laporan media.

“Saya mungkin tidak akan turun ke sana jika tidak kerana permainan ini,” kata Wiggins kepada CNN.

 ??  ?? PERMAINAN mudah alih realiti berpecah Pokemon Go oleh Nintendo terpapar pada skrin telefon pintar dalam ilustrasi foto yang dirakam di Palm Springs, California kelmarin.
PERMAINAN mudah alih realiti berpecah Pokemon Go oleh Nintendo terpapar pada skrin telefon pintar dalam ilustrasi foto yang dirakam di Palm Springs, California kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia