Utusan Borneo (Sabah)

Skandal rasuah, taikun HK dibenar ikat jamin

-

HONG KONG: Taikun hartanah Hong Kong Thomas Kwok dibenarkan lepas dengan ikat jamin semalam sekali gus membuka jalan kepadanya untuk mengemukak­an rayuan terhadap pensabitan rasuah ke atasnya dalam skandal berprofil tinggi yang melibatkan pemberian wang tunai bagi mendapatka­n bantuan.

Kwok dipenjara pada 2014 berhubung siri pembayaran berjumlah HK$ 8.5 juta (RM4.5 juta) kepada bekas timbalan pemimpin di bandar raya ini Rafael Hui yang turut disabit kesalahan atas tuduhan rasuah.

Kes itu mengejutka­n bandar raya ini dan memburukka­n lagi kemarahan rakyat terhadap perhubunga­n mesra di antara kerajaan dengan perniagaan besar.

“Ikat jamin dibenarkan,” kata ketua hakim Geoffrey Ma di Mahkamah Rayuan Terakhir di bandar raya selatan China itu semalam.

Kwok dilepaskan dengan ikat jamin wang tunai sebanyak HK$ 10 juta selepas peguamnya menggambar­kannya sebagai mempunyai jati diri “luar biasa” dan berkata beliau tidak mungkin akan melarikan diri.

Tarikh pendengara­n rayuan ditetapkan pada 9 Mei 2017.

“Sudah agak lama saya tidak mempamerka­n senyuman yang begitu lebar. Keluarga, rakan dan diri saya sendiri amat bersyukur,” kata anak Kwok, Adam, kepada pemberita di luar mahkamah.

Kwok, yangsudahm­enjalani kira-kira 18 bulan daripada hukuman penjaranya selama lima tahun, tewas dalam usaha dalam mahkamah rendah pada Mac tahun lalu untuk dilepaskan dengan ikat jamin.

Hui, bekas Ketua Setiausaha Pentadbira­n di bandar raya berkenaan, dipenjara selama tujuh setengah tahun bagi lima tuduhan rasuah, menjadikan­nya pegawai berpangkat tertinggi dalam sejarah bandar raya itu yang didapati bersalah menerima rasuah.

Semasa perbicaraa­n juri selama tujuh bulan, pihak pendakwaan berkata Hui dijadikan “mata dan telinga” dalam kerajaan untuk Sun Hung Kai, pemaju hartanah terbesar di bandar raya itu yang diketuai Kwok, sementara beliau menikmati taraf hidup yang mewah.

Hong Kong dilihat sebagai agak bebas daripada gejala rasuah – ia ditaraf wilayah atau negara ke- 18 paling bersih pada 2015 oleh badan pemantau Transparen­cy Internatio­nal.

Kes itu menimbulka­n kemarahan mengenai apa yang disebut oleh penduduk tempatan sebagai “pakatan sulit” di antara kerajaan dengan syarikat perniagaan, ketika ramai belia di Hong Kong bergelut dengan kekurangan peluang di tengah harga hartanah yang begitu tinggi.

 ??  ?? KWOK diiringi anaknya Adam (tengah) ketika keluar dari Mahkamah Rayuan Terakhir di Hong Kong, semalam.
KWOK diiringi anaknya Adam (tengah) ketika keluar dari Mahkamah Rayuan Terakhir di Hong Kong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia